Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Press Release : UNQEX Bersedia Untuk Menembusi Pasaran Dagangan Dunia Kripto

Industri Blockchain dan mata wang kripto telah berkembang pesat kebelakangan ini sejak diperkenalkan pada tahun 2009. Di Malaysia, pendedahan yang meluas selama ini telah berjaya menarik minat serta mewujudkan jumlah komuniti yang besar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh golongan profesion dan latar belakang.

Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam industri ini, sekumpulan usahawan teknologi telah bersama-sama mengilhamkan idea dan tenaga untuk membina sebuah platfom yang akan menjadi pelopor kepada segala token dan koin dihasilkan dengan menggunakan teknologi blockchain. Di atas hasil usaha ini, maka terbinalah Uniq Exchange @ UNQEX (www.unqex.com).

Cabaran utama dalam menghasilkan suatu platfom dagangan kripto yang berdaya maju di peringkat global adalah seperti reka bentuk senibina yang lebih baik, mesra pengguna, pematuhan kepada proses perundangan dan pengawalseliaan, kepatuhan kepada standard keselamatan yang tertinggi, kecairan mudahtunai (di dalam bentuk kripto), tanggungjawab perkhidmatan pelanggan ke mata dunia dengan sokongan pelbagai bahasa. Segala aspek tersebut telah diberi perhatian yang utama dalam mencari penyelesaian yang praktikal dan bersesuaian oleh pasukan kerja dibelakang UNQEX.

Team UNQEX

Isu Semasa, Cabaran & Penyelesaian UNQEX

Kami telah menganalisa isu dan cabaran kritikal yang dihadapi oleh bursa-bursa semasa. Di UNQEX, kami telah menemui penyelesaian untuk menangani masalah ini. Dengan pengalaman yang luas serta kerjasama antara pasukan dalam membangunkan sistem kewangan (kripto) bertaraf dunia, kami benar-benar memahami secara komprehensif bagaimana untuk membina bursa secara selamat, berdaya maju dan kukuh dari asasnya.
Team UNQEX.

UNQEX merupakan singkatan dari Uniq Exchange. Unqex merupakan satu platform dagangan kripto yang berpangkalan di Malaysia dan Singapura yang berfokus untuk memberikan pengalaman yang unik kepada para pedagang kripto di rantau Asia. UNQEX hanya menyediakan satu platfom pertukaran mata wang kripto kepada kripto sahaja pada masa ini. Pada masa hadapan, kami akan menambah perkhidmatan tukaran kripto ke fiat. UNQEX juga beroperasi menggunakan token blockchain bagi memberikan manfaat kepada para pengguna melalui Token Utiliti Uniq (UNQ).

UNQEX memulakan operasi dengan 20 token dan koin kripto utama di dalam platform dagangan seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple & banyak lagi. UNQEX beroperasi di Malaysia dengan mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak pengawalselia seperti Bank Negara Malaysia (BNM – Reporting Institution).
UNQEX juga menyediakan perkhidmatan dagangan yang sangat kompetitif dengan menawarkan kadar caj serendah 0.15% sehingga 0% dan para pelanggan UNQEX di Malaysia akan menikmati perlindungan insurans (PA) daripada syarikat (tertakluk kepada terma dan syarat).

Pihak UNQEX juga amat mengalu-alukan mana-mana pemilik token dan koin blockchain yang berhasrat untuk disenaraikan di unqex.com. Selain itu, UNQEX juga menyediakan sesi pengenalan, pembelajaran dan latihan dagangan kripto kepada seluruh komuniti kripto disini yang tidak ditawarkan oleh mana-mana platfom kripto.

UNQEX telah melepasi beberapa fasa pembangunan kritikal dan kini bersedia sepenuhnya untuk memasuk pasaran dagangan kripto secara langsung. Pelancaran ini amat dinantikan kerana dijangkakan UNQEX mampu berada setaraf dengan platfom-platfom dagangan lain di seluruh dunia. Seiring dengan itu, Token Utiliti UNQ yang berfungsi sebagai pemangkin utama platform ini juga dijangkakan menyaingi pasaran di masa hadapan.

 

 

Disclaimer: Ini adalah “press release” yang telah dibayar. Ia tidak melambangkan pengiktirafan penulis terhadap produk atau projek ICO atau matawang kripto/token tersebut. Sila jalankan penyelidikan anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli/melabur dalam mana-mana projek ICO/produk/matawang kripto/token.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.