Default – Above Header Ads

Anda tahu apa itu ICO (Initial Coin Offering)?

Baru-baru ini ada orang bertanya dengan penulis tentang ICO. ICO atau Initial Coin Offering adalah trend yang baru dalam dunia mata wang krypto. Hari ini, penulis akan berkongsi sedikit sebanyak tentang ICO dan kepentingannya.

ICO merupakan satu cara untuk mengumpul dana untuk digunakan dalam development projek atau aplikasi baru dalam blockchain. Sejumlah unit mata wang krypto yang baru akan dikeluarkan dan boleh ditukar dengan Bitcoin (atau baru-baru ini Ethereum). Konsep ICO ini lebih kurang sahaja dengan IPO atau Initial Public Offering. Sejak tahun 2013 lagi, sudah banyak ICO diumumkan untuk pembiayaan projek-projek baru di blockchain. Bayangkan, sebanyak USD$5.1 billion telah berjaya dikumpul melalui rangkaian crowdfunding, dan jumlah dana terkumpul kini sudah melebihi USD$34 billion!

Lihat sahaja kejayaan Ethereum dalam ICO mereka. ICO mereka telah berlangsung selama 42 hari pada tahun 2014 dan mereka telah berjaya mengumpul sebanyak 31,529.49 BTC yang ketika itu bernilai lebih kurang USD$18.4 million (untuk 60,000,000 Ether). Ternyata ianya salah satu cara yang paling mudah dan efektif untuk syarikat atau individu untuk mengumpul dana dan juga untuk pengguna melabur di dalam sesuatu projek yang mereka rasa berbaloi.

ICO biasanya berlaku dalam tempoh masa seminggu atau lebih, dan pengguna yang melayari laman web yang telah diumumkan boleh membeli matawang kripto baru atau token yang ditawarkan, dengan Bitcoin,Ethereum atau mana-mana matawang kripto yang telah ditetapkan. Untuk menyertai ICO, pengguna sudah perlu mempunyai matawang kripto ini dalam wallet mereka kerana kebanyakan ICO tidak akan menerima pembelian menggunakan matawang fiat.

Kebiasaannya, jumplah token yang ditawarkan di ICO adalah terhad dan harganya sudah ditetapkan sepanjang ICO. Namun begitu, ada juga kes di mana harga token yang ditawarkan semakin meningkat apabila dana yang diterima semakin banyak.

Di awal post ini, penulis telah mengatakan bahawa konsep ICO adalah lebih kurang sama dengan IPO. IPO atau Initial Public Offering ialah apabila saham sebuah syarikat dikeluarkan, dan ditawarkan kepada pelabur untuk dibeli. Saham dijual untuk menambah kapital syarikat yang sedia ada. Konsep yang sama dengan ICO, bukan?

EXMO affiliate program

Mari penulis menceritakan pula tentang perbezaan antara kedua-duanya pula. Perbezaan utama adalah mata wang krypto boleh dicairkan dengan cepat. Pelabur boleh membuat pertukaran mata wang krypto yang dibeli tadi ke mata wang fiat atau ke matawang kripto yang lain bila-bila masa sahaja. Mereka tidak perlu berhubung dengan broker saham dan membayar komisen untuk menjual saham mereka, seperti dalam kes IPO.

Satu lagi perbezaan antara IPO dan ICO adalah IPO diselia oleh badan-badan kerajaan seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara dan bank-bank pelaburan lain yang terlibat. Manakala ICO pula setakat ini tidak diselia oleh mana-mana pihak. Ini adalah kerana ICO tidak ditawarkan sebagai satu aset kewangan, tetapi sebagai komoditi yang boleh dijual beli.

Keadaan sektor ini yang tiada seliaan boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Memandangkan proses penyertaan ICO tidak begitu sukar, ia menjadikan matawang kripto lebih mudah diakses oleh orang ramai dan kita dapat melihat impaknya pada jumlah besar yang berjaya dikumpulkan melalui ICO. LIhat contoh gambar di bawah, di mana jumlah dana terkumpul melalui ICO pada 2017 mencecah lebih USD$ 3 bilion.

Tambahan lagi majoriti syarikat yang membuat ICO adalah syarikat baru atau startup yang tidak mempunyai kapital besar. Antara syarat utama untuk syarikat membuat IPO adalah ia perlu mempunyai jumlah kapital yang besar. Sudah pasti kebanyakan syarikat dalam dunia matawang kripto tidak dapt mengumpul dana melalui IPO, bukan?

Namun begitu, ICO tidak lari daripada risiko. Sesetengah ICO yang berjaya seperti Ripple, Ethereum dan Nxt dianggap sebagai pilihan yang bertuah bagi pelabur-pelabur. Sebagai contoh, Ether atau ETH yang pada mulanya hanya bernilai 0.0005 BTC kini sudah bernilai 0.08 BTC . Namun begitu, ada juga ICO yang gagal mengumpul dana yang diinginkan. Atau dalam kes lain, pelabur ditipu oleh scammers, seperti dalam skim ponzi. Matawang kripto seperti Lisk dan Omni termasuk dalam senarai ICO yang pernah gagal.

Ini adalah kerana syarikat yang menjalankan ICO ada dalam pelbagai tahap perkembangan. Ada yang di tahap ideation, di mana masih belum ada produk, ada yang sudah ada prototype, dan ada juga yang menawarkan token sebagai utiliti token dalam ICO yang dijalankan. Sukar untuk menjangka potensi sesuatu projek secara menyeluruh, apa yang pasti, penyelidikan harus dijalankan sebelum membuat keputusan untuk membeli matawang kripto melalui ICO.

Kesimpulannya, ICO seperti mana-mana pelaburan yang lain, boleh memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Pada masa yang sama, berilah pertimbangan kepada risiko yang ada pada setiap projek. Bak kata pepata pepatah mat salleh, don’t wager anything you’re not willing to lose.

 

Notakaki: Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang ICO baru yang telah diumumkan, anda boleh layari laman web ini: https://icotracker.net/.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.