Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Apa nilai Bitcoin dan Ether menjelang Tahun 2020?

Kalau suku tahun akhir 2017 merupakan zaman kegemilangan Bitcoin, Ether dan matawang kripto lain, nampaknya suku tahun akhir 2018 adalah sebaliknya. Harga Bitcoin sudah hilang hampir 70 peratus daripada nilainya pada bulan Disember 2017. Begitu juga dengan Ether. Harga Ethereum pada waktu penulisan (USD$271) adalah paling rendah dalam tahun 2018.

Seperti biasa, harga matawang kripto lain juga menjejak langkah Bitcoin dan Ether. Adakah kita akan dapat mencapai kembali kegemilangan Bitcoin pada Disember 2017 itu? Ataupun harga Bitcoin tahun ini menandakan USD$10,000 mungkin maksima harga Bitcoin. Susah kan untuk kita jangka.

Jika kita lihat hanya pada jumlah permintaan matawang kripto, boleh sahaja kita ramalkan harga Bitcoin akan semakin menaik sehinggalah bekalan Bitcoin habis. Pada masa itu kemungkinan besar harga Bitcoin boleh mencecah USD$100,000. Pada hari ini (14 Ogos 2018) jumlah Bitcoin dalam peredaran adalah 17,209,913 BTC ataupun 82 peratus dari keseluruhan jumlah Bitcoin dalam dunia. Menurut ramalan menjelang 2024, jumlah BTC dalam peredaran akan mencecah 93.75%. Senang cerita, tahun 2025 kemungkinan besar semua Bitcoin sudah habis dilombong.

Tapi 2025 tu lambat lagi. Jom kita bercerita tentang harga Bitcoin dan Ether untuk jangka masa pendek ni, atau menjelang 2020. Dua tahun je lagi. Berapa harga dia agak-agaknya?

Ramalan 2020

Jika kita melihat saiz ekonomi dunia, GDP nomina pada tahun 2016 adalah USD$ 78 trilion. Menjelang tahun 2020, IMF menganggar GDP nomina akan meningkat ke USD$91 trilion.

Default – Inside Post Ads

Dan pada masa itu, kita juga boleh mengandaikan bahawa sebahagian daripada GDP nomina dunia akan melingkungi teknologi Blockchain. Pelancaran Enterprise Ethereum Alliance, pelaburan besar daripada institusi perbankan dunia dalam teknologi Blockchain, penglibatan negara-negara seperti AS, Jepun, Singapura, Australia, Malta dan banyak lagi yang dilihat semakin berminat untuk mendigitalkan mata wang mereka dan implementasi teknologi Blockchain – peristiwa-peristiwa ini adalah bukti-bukti yang jelas menunjukkan matawang kripto sudah mendapat nama di mata dunia.

Jadi, mari kita mengambil angka yang mudah dan agak realistik untuk meramalkan harga Ether dan Bitcoin menjelang 2020. Notakaki: Jumlah kapital pasaran matawang kripto adalah USD$203 bilion pada waktu penulisan, atau 0.26% daripada GDP nomina dunia pada tahun 2016. Pada bulan Januari 2018, jumlah kapital pasaran matawang kripto mencapai nilai tertinggi sepanjang masa iaitu USD$800 bilion, atau 1% daripada GDP nomina dunia tahun 2016. Jika kita mengandaikan bahawa 3% daripada GDP nomina dunia adalah berkaitan teknologi Blockchain, nilai keseluruhan matawang kripto dianggarkan dalam USD$2.73 trilion pada tahun 2020.

 

Memandangkan Ethereum dan Bitcoin adalah matawang kripto paling besar, kita akan membahagikan jumlah saiz market mata wang krypto kepada: 50% Bitcoin, 25% Ether dan 25% bagi semua mata wang krypto yang ada di pasaran. Ini bermakna BTC dan ETH, masing-masing akan mewakili sebanyak USD$1.365 trilion dan USD$682.5 bilion.

Nilai Bitcoin

Menjelang 2020, sebanyak lebih kurang 18,375,000 BTC akan dikeluarkan. USD$136,500,000,000 dibahagikan dengan 18,375,000 BTC = setiap BTC akan bernilai lebih kurang $74,285. Rasa-rasa boleh capai tak?

Nilai Ether

Nilai Ether agak sukar untuk dikira kerana kita tidak tahu jumlah sebenar Ether dan impak penggunaan Proof-of-Stake kepada pengeluaran Ether. Berdasarkan model pengeluaran asal Ether tahun 2014, anggaran pengeluaran Ether pada tahun 2020 adalah di antara 100 juta hingga 162 juta Ether. Jadi kita akan menggunakan limit bawah iaitu 100 juta Ether.

USD$682,500,000,000 dibahagikan dengan 100,000,000 ETH = setiap ETH dijangka bernilai USD$6,825 pada tahun 2020.

Kesilapan pelabur-pelabur

Hakikaktnya, pasaran untuk matawang kripto kini sedang berkembang dengan begitu laju sekali walaupun harga pasaran menurun. Jumlah modal pasaran bagi keseluruhan mata wang krypto yang di senaraikan sudah melebihi USD$203 bilion. Angka ini sudah meningkat lebih sepuluh kali daripada sejak Januari 2017, di mana jumlah modal pasaran adalah hanya USD$18 bilion. Lebih USD$100 bilion dalam masa setahun, hebat juga pasaran kripto ni.

Di sebalik gambaran yang positif itu, nilai matawang kripto sememangnya mudah untuk turun dan naik. Ini adalah kerana pelabur-pelabur besar yang melabur dalam matawang kripto sedikit sebanyak mempengaruhi trend demand and supply di pasaran.

Fenomena masa kini yang semakin menular dalam masyarakat adalah Fear of Missing Out (FOMO). FOMO adalah suatu perasaan bimbang atau takut yang dihadapi jika didapati orang lain sudah lebih awal memperoleh sesuatu. Dalam kes ini, setiap mata wang krypto yang mendapat pulangan tinggi menarik minat pelabur untuk membuat pelaburan.

Namun begitu, sifat matawang kripto yang mudah turun naik menyebabkan pelabur amat sensitif dengan harga matawang kripto yang jatuh. Kebanyakan mereka akan mula menjual semula token mereka dan menyebabkan harga pasaran jatuh lebih mendadak. Pelabur-pelabur ini akan menyedari kesilapan mereka yang terburu-buru apabila harga mata wang kripto kembali naik dan menyebabkan mereka menarik diri daripada melabur sama sekali.

Kesilapan ini mungkin dapat dielakkan jika pelabur dapat meramalkan masa depan mata wang kripto. Sama seperti bursa saham, ramalan jangka masa pendek dan panjang mata wang kripto bergantung kepada beberapa faktor seperti potensi projek, produk-produk yang dikeluarkan, penerimaan orang ramai dan banyak lagi.

Rumusan

Ini hanya ramalan yang mudah, tidak mengambil kira spekulasi pasaran serta pengaruh-pengaruh luar seperti pengawalan kerajaan dan lain-lain. Ramalan ini mungkin boleh menjadi lebih positif atau sebaliknya, tetapi kalau kita melihat trend kini, sememangnya matawang kripto semakin diterima di seluruh dunia dan trajektorinya positif.

Apa yang penting adalah anda peka dengan perubahan trend bukan sahaja di pasaran mata wang kripto tetapi juga polisi negara-negara terhadap mata wang kripto. Mana tahu matawang kripto betul-betul boleh menggantikan mata wang fiat di masa akan datang.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.