Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Review tentang Ledger Nano S, Hardware Wallet Matawang Krypto

Soalan paling penting selepas membeli matawang krypto adalah bagaimana untuk menyimpan matawang krypto tersebut? Banyak cara untuk menyimpan matawang krypto dan penulis akan mengulas tentang ini pada masa akan datang. Kali ini, penulis ingin membuat review tentang wallet matawang krypto yang popular, Ledger Nano S.

1 Ledger Nano S, hardware wallet dalam bentuk USB

Ledger Nano S, hardware wallet dalam bentuk USB

Dalam kotak Ledger Nano S terdapat:

  • Ledger Nano S
  • 1 kabel mikro
  • Lanyard untuk memakainya di leher
  • Keychain dan keyring
  • Recovery sheet
Recovery sheet ini penting. Ia akan diisi dengan 24 perkataan (seed) yang diperlukan untuk anda dapatkan kembali wallet anda.

Set up

Untuk menggunakan Ledger Nano S, anda perlu set up dua perkara: 1) USB dan 2) Aplikasi desktop menggunakan Chrome browser.

USB
Sumber: https://www.buybitcoinworldwide.com/wallets/ledger-nano-s/

Proses konfigurasi USB ini mudah dan arahannya mudah untuk diikuti. Pengguna akan melalui proses menetapkan pin (8 angka) dan menulis 24 seed dalam recovery sheet, dan mengesahkan pin anda tadi. Untuk mengesahkan pin, anda akan menggunakan recovery sheet tadi untuk dimasukkan ke dalam USB secara rawak.

Aplikasi

Anda boleh install dan uninstall aplikasi melalui Ledger Manager mengikut keperluan anda. Layari https://www.ledgerwallet.com/start untuk memulakan proses installation. Antara aplikasi yang anda boleh install termasuk:

Sumber: https://www.ledgerwallet.com/products/ledger-nano-s

Aplikasi pertama yang perlu anda install adalah Ledger Manager. Ledger Manager ini akan digunakan untuk install aplikasi dalam USB anda.

Kemudian anda mempunyai tiga pilihan wallet iaitu Bitcoin, Ethereum dan Ripple untuk desktop anda.

Wallet Bitcoin dan Ethereum sudah di install.

Untuk menggunakan wallet Bitcoin anda hanya perlu install aplikasi Bitcoin dan untuk wallet Ethereum, aplikasi Ethereum di USB anda menggunakan Ledger Manager. Begitulah seterusnya.

Nota penting: Bagi matawang krypto yang menggunakan blockchain Bitcoin seperti Dash, Stratis dan lain-lain, anda akan menggunakan Ledger Wallet Bitcoin di Chrome.

Sekarang anda sudah bersedia untuk menggunakan Ledger Nano S anda.

User Interface

Dari segi penggunaan, Ledger Nano S mesra pengguna dan navigasi antara aplikasi sangat mudah. Mungkin bagi sesetengah pengguna, proses memasang kabel USB, memasukkan pin dan membuka aplikasi agak leceh dan mengambil masa berbanding mobile wallet yang hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk mendapat akses.

Keselamatan

Namun begitu, dari segi keselamatan, Ledger Nano S lebih selamat kerana ia menyimpan private key secara offline, di dalam USB anda. Jika anda mempunyai jumlah matawang krypto yang besar, hardware wallet sudah tentu pilihan yang lebih selamat.

Butang fizikal

Ledger Nano S mempunyai dua butang fizikal di permukaan USB. Untuk mengesahkan transaksi, anda perlu menekan kedua-dua butang tersebut. Ciri-ciri keselamatan ini menghalang hacker daripada mengambil alih USB anda dan mengesahkan transaksi dari peralatan mereka.

Pin

Anda perlu menetapkan 8 angka sebagai pin anda di awal set up. Dan setiap kali anda membuka USB anda, anda diberi 3 kali percubaan untuk memasukkan pin anda. Jika anda gagal kali ke-3 keseluruhan USB anda akan dipadamkan.

Passphrase

24 perkataan yang anda sudah catat dalam recovery sheet adalah ciri-ciri keselamatan paling penting. Passphrase ini akan diperlukan untuk anda dapatkan kembali wallet anda jika USB anda dipadamkan. Jadi sangat penting untuk anda menyimpan recovery sheet anda di tempat yang selamat.

Nota tambahan: Ledger Nano S tidak memerlukan bateri kerana ia akan hidup/mati secara automatik jika kabel disambung/dicabut.

Sokongan developer

Bagi penulis, sokongan yang diberikan untuk Ledger Nano S sangat profesional dan menyeluruh. Terdapat banyak artikel yang anda boleh akses di http://support.ledgerwallet.com/help_center yang mudah untuk dibaca dan difahami. Anda juga boleh menghubungi tech support atau shipping support di laman web yang sama jika masalah yang anda hadapi tidak terdapat dalam artikel-artikel yang disediakan.

Membeli Ledger Nano S

Ledger Nano S boleh didapati di laman web Ledger atau di Ifmal.com (click sini untuk terus beli).

Kesimpulan

Pros: Reka bentuk yang menarik, mudah digunakan, support yang bagus, selamat dan murah berbanding Trevor dan Keepkey

Cons: Proses set up agak mengelirukan bagi pengguna baru, ambil masa untuk hidupkan dan menggunakan USB

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads