Default – Above Header Ads

Keliru dengan Istilah dalam Dunia Matawang Kripto?

Pernahkah anda membaca artikel-artikel tentang matawang kripto, atau teknologi blockchain (dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris), terserempak dengan istilah-istilah pelik dan merasa keliru dengannya walaupun baca berulang kali? Anda mesti pernah menghadapi saat-saat seperti ini, betul tak?

Sumber: giphy.com

Dalam mana-mana artikel tentang matawang kripto, terutama yang menerangkan tentang sistem atau infrastruktur matawang kripto, pasti akan menggunakan istilah-istilah spesifik, atau jargon, yang sukar difahami jika pembaca tidak mempunyai latar belakang yang bersesuaian. Kebanyakan istilah-istilah ini akan dikekalkan dalam bahasa Inggeris, kerana sukar untuk mendapatkan terjemahan yang jelas dalam bahasa Melayu.

Tambahan lagi, teknologi Blockchain adalah suatu teknologi yang sangat baru dan masih dikaji sehingga hari ini. Dan istilah-istilah baru pasti akan muncul sepanjang masa. Dalam post ini, penulis ingin berkongsi beberapa istilah (beserta penerangan) yang sering digunakan dalam artikel-artikel berkaitan teknologi Blockchain.

1. Blockchain technology 

Perkataan blockchain technology atau teknologi blockchain inilah yang menggambarkan keseluruhan sistem matawang kripto. Definisi teknologi menurut kamus Merriam-Webster adalah penggunaan atau aplikasi ilmu teori secara praktikal dalam sesuatu bidang. Definisi yang mudah difahami.

Blockchain telah dijadikan sebagai kata nama khas yang pada asalnya datang dari perkataan block chain. Block chain atau rantaian blok merujuk kepada blok-blok yang berhubung sesama sendiri, yang sentiasa bertambah mengikut turutan. Dalam blok-blok ini terdapat maklumat seperti hash pointer, cop masa dan maklumat transaksi.

Sumber: wikipedia

Gambar di atas adalah gambaran formasi blockchain. Blok berwarna hijau adalah blok genesis (genesis block), iaitu blok pertama yang di bentuk, blok-blok hitam adalah siri blok dari blok genesis sehingga blok terbaru, dan blok-blok ungu adalah blok-blok yang teah dipisahkan dari rantai blok utama, dinamakan orphan blocks. Kita semua tahu Bitcoin adalah aplikasi pertama teknologi ini, dan kini penggunaan teknologi Blockchain sangat meluas dalam pelbagai bidang.

2. Cryptocurrency

Cryptocurrency atau matawang kripto adalah aset digital, yang pada asalnya dicipta sebagai kaedah pembayaran alternatif yang menjamin keselamatan transaksi dan juga menghadkan pengeluaran matawang tanpa kawalan (baca: matawang fiat). Bitcoin adalah matawang kripto pertama yang dicipta, dan ianya juga adalah aplikasi pertama teknologi Blockchain. Pada asasnya, matawang kripto adalah rentetan data atau dinamakan hash function, yang mempunyai nilai.

3. Peer-to-peer network 

Konsep peer-to-peer atau P2P telah wujud lama sebelum teknologi Blockchain. Konsep ini digunakan dalam sistem perkongsian maklumat dan menjadi terkenal melalui aplikasi musik Napster, di mana pengguna dapat berkongsi lagu-lagu yang didengari dengan pengguna lain.

Sumber: pcmag.com

Ketika World Wide Web (WWW) masih lagi baru, penggunaan internet pada ketika itu masih lagi terbuka, di mana dua komputer yang berhubung melalui internet boleh menghantar paket-paket data sesama sendiri tanpa halangan firewall atau langkah keselamatan yang lain. Reka bentuk peer-to-peer network adalah berdasarkan tanggapan bahawa non-nod boleh berfungsi sebagai “klien” (penerima) dan “server” (penghantar) secara serentak. Ini berlainan dengan model client-server, di mana satu kuasa pusat yang akan berhubung dengan nod-nod lain.

Sumber: gigatribe.com

4. Decentralised 

Istilah inilah yang membezakan aplikasi teknologi Blockchain dengan yang lain. Perkataan decentralised atau desentralisasi adalah berlawanan dengan centralized, atau penguasaan pusat. Konsep desentralisasi dalam bidang pengkomputeran (computing) wujud bersama-sama konsep P2P, dan ianya adalah pembahagian sumber, dari segi hardware dan software,  kepada setiap komputer, atau pejabat. Berbeza dengan centralized computing, di mana satu kuasa pusat yang dipanggil terminal server akan menjalankan segala fungsi-fungsi yang diperlukan.

Konsep desentralisasi dalam teknologi Blockchain bermaksud tiada satu kuasa pusat yang boleh memanipulasi sistem tersebut. Desentralisasi tercapai melalui penggunaan protokol konsensus yang melibatkan semua nod dalam rangkaian untuk proses pengesahan transaksi melalui pembentukan blok-blok baru dalam block chain.

5. Distributed/shared ledger 

Istilah distributed/shared ledger berkait rapat dengan konsep desentralisasi. Ianya adalah data berbentuk digital yang direkodkan dalam sebuah lejar, dan lejar ini disalin, dikongsi dan dikemaskini dalam setiap nod dalam rangkaian.

Sumber: bitsonblocks.com

Dalam gambar di atas, di sebelah kiri adalah pangkalan data yang dikuasai oleh satu kuasa pusat. Kemaskini maklumat berlaku melalui permintaan daripada pengguna dan akses kepada maklumat adalah terhad. Di sebelah kiri adalah model lejar yang dikongsi oleh setiap pengguna, di mana kemaskini maklumat adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan, dan melalui proses konsensus antara semua pengguna yang terlibat.

6. Immutability atau incorruptibility

Definisi immutability menurut kamus Merriam-Webster adalah tidak boleh atau sukar berubah. Konsep ini dikaitkan dengan tahap keselamatan dalam transaksi matawang kripto dan ianya tercapai melalui peraturan yang telah ditetapkan dalam protokol konsensus, sama ada ianya proof-of-workproof-of-stake atau protokol konsensus yang lain.

Immutability dalam teknologi Blockchain bermakna sangat sukar untuk menggodam atau memanipulasi blok-blok dalam rangkaian kerana kos, masa dan tenaga yang diperlukan sangat tidak berbaloi. Ini berbeza dengan transaksi melalui pihak ketiga, di mana keselamatan tidak boleh dijamin sepenuhnya dan risiko kehilangan sangat tinggi, lebih-lebih lagi disebabkan maklumat peribadi berkaitan yang disimpan oleh pihak ketiga.

7. Mining 

Rata-rata pengguna matawang kripto sudah jelas dengan istilah ini. Sebagai ulangkaji, mining adalah istilah yang digunakan oleh mereka yang terlibat dalam proses pengesahan transaksi matawang kripto. Bagi setiap blok yang dibentuk melalui protokol konsensus akan, nod yang membentuknya akan mendapat ganjaran dalam bentuk matawang kripto tersebut. Inilah yang dinamakan mining, iaitu melombong matawang kripto daripada pembentukan blok baru.

Sumber: futurism.com

8. Fork (hard fork, soft fork)

Bersama-sama dengan kewujudan matawang kripto, muncul istilah baru iaitu hard fork. Bitcoin kini sudah menjalani hard fork (terbesar) ketiga selepas hard fork Bitcoin Cash dan baru-baru ini Bitcoin Gold. Adakah anda tahu terdapat beberapa jenis fork dalam teknologi Blockchain?

Fork dalam blockchain boleh berlaku disebabkan dua perkara:

  • apabila dua miners membentuk satu blok dalam masa yang sama (blok tersebut akan mempunyai timestamp yang sama). Blok yang berada dalam rantai yang terpanjang akan dipilih oleh miners lain dan blok yang sebaliknya akan dipisahkan. Blok ini dinamakan orphaned block.
  • Developers ingin menambah baik sistem atau mengubah kod dalam software. Juga dinamakan software fork.
  • Soft fork adalah perubahan protokol di mana, transaksi atau blok yang diterima sebelum ini ditolak. Nod-nod lama masih lagi boleh menerima blok baru, dan disebabkan itu soft fork dikatakan backward-compatible, kerana rantai asal boleh menerima blok baru dan lama.
Sumber: cointelegraph.com
  • Hard fork adalah perubahan protokol dalam teknologi Blockchain secara menyeluruh, yang menyebabkan blok atau transaksi yang dahulunya diterima, ditolak atau sebaliknya. Ini adalah kerana berlakunya upgrade ke atas sistem yang mematuhi peraturan baru dalam protokol konsensus, menyebabkan blok-blok yang tidak mematuhi peraturan ini tidak diterima. Ia adalah perubahan yang kekal dan tidak akan kembalik kepada keadaan yang sebelumnya.
Sumber: cointelegraph.com

9. Initial Coin Offering (ICO)

Secara ringkas, Initial Coin Offering (ICO) adalah penawaran token atau matawang kripto baru, selalunya pada harga yang rendah. ICO adalah cara sebuah projek mengumpul dana untuk digunakan dalam projek tersebut. ICO banyak menarik minat pelabur yang yakin dengan hala tuju dan juga potensi sesebuah projek itu, tetapi pada masa yang juga menarik minat mereka yang ingin mengaut keuntungan daripada kenaikan harga matawang kripto di pasaran. Untuk bacaan lebih lanjut boleh rujuk artikel ini: Anda tahu apa itu ICO (Initial Coin Offering)?

Sebenarnya banyak lagi istilah-istilah dalam teknologi Blockchain dan dunia matawang kripto yang penulis tidak senaraikan. Jika anda mempunyai istilah yang anda rasa masih kurang jelas atau patut dikongsi bersama, jangan segan silu untuk komen di sini. Sama-sama kita kumpul ilmu baru.

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads