Vertcoin: Antara Matawang Kripto Terawal yang ASIC-resistant
Baru-baru ini kecoh tentang hard fork Bitcoin yang melahirkan matawang kripto baru, Bitcoin Gold. Matlamat utama penciptaan Bitcoin Gold adalah untuk membolehkan miners yang menggunakan peralatan GPU mining matawang kripto tersebut. Antara isu yang diketengahkan adalah monopoli dengan penggunaan peralatan ASIC yang mempunyai processing power lebih besar daripada GPU. Anda boleh membaca tentang Bitcoin Gold lebih lanjut di sini: Lagi-lagi tentang hard fork Bitcoin – dulu Bitcoin Cash kini Bitcoin Gold pula?
Tetapi adakah anda tahu Bitcoin Gold bukan matawang kripto pertama yang implementasi ASIC-resistant mining? Sudah terdapat beberapa matawang kripto lain yang membolehkan mining menggunakan GPU atau CPU. Dalam post ini, penulis ingin memperkenalkan salah satu daripada matawang kripto itu, iaitu Vertcoin.