Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 12 Disember 2017

UBS Melancarkan Platform Ethereum Dengan Kerjasama Barclays, Credit Suisse Dan Pelbagai Lagi Bank Terbesar Dunia

Beberapa bank terbesar di dunia telah mendedahkan projek perintis yang direka untuk memudahkan pematuhan protokol dan undang-undang menggunakan platform Ethereum. Platform yang dinamakan sebagai Massive Autonomous Distributed Reconciliation, atau Madrec, projek yang diketuai oleh gergasi perbankan Switzerland UBS, dengan bantuan dari Barclays, Credit Suisse, KBC, ENIX dan Thomson Reuters. Projek perintis ini direka untuk memudahkan bank untuk menyeragamkan dan mengemas kini pelbagai data mengenai rakan niaga mereka.

Dahulu, setiap institusi ini menjalankan pemeriksaan data yang pelbagai ini secara bebas, namun, bank-bank membina Madrec untuk menggabungkan usaha dalam proses semakan dan penyeragaman data dalam industri yang diselenggarakan menggunakan Microsoft Azure.

Sumber:

https://www.coindesk.com/ubs-launch-live-ethereum-platform-barclays-credit-suisse/

NH Bank Bergabung Dengan Konsortium R3 Blockchain

Bank Gergasi Korea, Nonghyup (NH) Bank, pakar dalam perkhidmatan kredit dan perbankan pertanian dan komersil di Korea Selatan, telah menyertai konsortium R3 Blockchain, menurut laporan dari media tempatan.

Konsortium tersebut menyelidik dan membangunkan penyelesaian blockchain untuk perkhidmatan kewangan. Pengumuman itu menunjukkan bahawa dengan bantuan R3, bank itu berhasrat untuk melaksanakan teknologi baru dan memulakan perkongsian baru dengan syarikat-syarikat Fintech.

Menurut seorang pegawai dari Nonghyup Bank: “Kami akan memperoleh teknologi-teknologi baru dengan menyertai konsortium dan menerapkannya kepada pelbagai sektor di NH Nonghyup Bank seperti sektor kewangan dan ekonomi.” Pengumuman baru-baru ini bahawa Amazon Web Services (AWS) memilih R3 sebagai titik akses blockchain, adalah sangat positif untuk pertumbuhan masa depan bank tersebut.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/nh-bank-joins-r3-blockchain-consortium

Dua Firma Memfailkan Pemohonan Melaksanakan Bitcoin ETF Setelah Pelancaran Kontrak Niaga Hadapan Bitcoin Berjaya Diluluskan

Menurut sistem pemfailan awam SEC, suruhanjaya itu telah menerima permohonan baru untuk REX Bitcoin Strategy ETF, REX Short Bitcoin Strategy ETF, serta VanEck Vectors Bitcoin Strategy ETF. REX yang berpangkalan di Connecticut memfailkan permohonannya pada 8 Disember – dua hari sebelum kontrak niaga hadapan Bitcoin pertama dilancarkan di CBOE – sementara VanEck yang berpangkalan di New York memfailkannya pada 11 Disember.

Kedua-dua firma tersebut tidak berniat untuk memegang Bitcoin secara langsung; Sebaliknya, dana yang diuruskan secara aktif akan berdagang kontrak niaga hadapan dan produk derivatif lain untuk membolehkan para pelabur mendapat keuntungan dari pergerakan harga mata wang kripto.

Sejumlah penyedia dana telah memfailkan untuk membuat ETF Bitcoin, tetapi setakat ini, SEC telah menafikan atau enggan mengulas semula aplikasi tersebut. Dalam kes yang terdahulu, SEC menafikan permohonan yang berusaha untuk menjual Bitcoin secara langsung, dengan menyebut sifat pertukaran Bitcoin yang tidak dikawal. Dalam kes yang kedua, SEC menyatakan bahawa suruhanjaya itu tidak dapat mengkaji permohonan untuk dana yang akan melabur dalam produk yang tidak wujud lagi, iaitu derivatif Bitcoin.

Sumber:

https://www.cryptocoinsnews.com/two-firms-file-bitcoin-etf-applications-wake-cboe-futures-launch/

Harga Litecoin Meningkat Sebanyak 30% Ke Aras Tertinggi Sepanjang Masa

Di Bitfinex, harga Litecoin telah mencapai $ 185 (RM 754) untuk kali pertama, peningkatan lebih daripada 30 peratus dalam sehari. Beberapa faktor yang berbeza telah menyumbang kepada peningkatan tersebut. Pertama, Litecoin telah mendapat manfaat dari banyak pengguna Coinbase yang baru membeli sejumlah kecil Litecoin kerana ia boleh didapati di platform pembrokeran tersebut, dan jauh lebih murah daripada Bitcoin dan Ethereum.

Kedua, pencipta Litecoin, Charlie Lee telah dijemput di beberapa program baru yang terkenal untuk membincangkan kontrak niaga hadapan Bitcoin dan perkembangan lain dalam industri mata wang kripto, dan dia telah menggunakan peluang ini untuk mempromosikan Litecoin sebagai penyelesaian untuk pembayaran yang melengkapi utiliti Bitcoin sebagai penyimpan nilai.

Akhirnya, pelabur percaya bahawa dua pengumuman baru-baru ini berfungsi sebagai pengesahan ramalan Lee. Pertama, gergasi permainan Steam menyatakan bahawa ia tidak lagi akan menerima pembayaran Bitcoin, dengan menyebutkan peningkatan yuran transaksi ketika ini membuatkan Bitcoin tidak praktikal digunakan untuk pembelian kecil. Selain itu, Bitrefill – perkhidmatan top-up untuk telefon bimbit prabayar – mengumumkan bahawa ia akan menerima Litecoin, dan para penyokong LTC percaya bahawa banyak syarikat lain akan mengikutinya dalam masa terdekat.

Sumber:

https://www.cryptocoinsnews.com/litecoin-price-leaps-30-to-new-all-time-high/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads