Default – Above Header Ads

Pasaran Kripto Akan ‘Menjadi Lebih Besar’: Bekas Ahli Perbankan JPMorgan

Daniel Masters, yang sebelum ini mengetuai meja perdagangan tenaga global JPMorgan, mengatakan bahawa mata wang kripto sedang memacu revolusi kewangan. Masters kini merupakan pengerusi bank pelaburan Digital Coinshares dan ketua pegawai pelaburan di Global Advisors, dan beliau menerangkan dalam satu temu bual dengan Bloomberg bagaimana teknologi lejar teragih melakukan pendemokrasian transaksi peer-to-peersama seperti apa yang dilakukan internet untuk pendemokrasian berita.

Cara Masters melihat dunia tidak pernah menjadi “berjuang bermati-matian antara kripto dan sistem kewangan legasi USD / GBP.” Sebaliknya, dia mengatakan tentang “sebahagian dari ekosistem kewangan total akan berfokus kepada mata wang kripto,” sambil menambah: “Saya rasa walaupun hanya 5% pada penghujung hari, pasaran itu akan menjadi lebih besar daripada hari ini.”

Masters mengurus lebih daripada $ 800 juta dalam aset mata wang kripto merentas kedua-dua strategi pasif dan aktif untuk kedua-dua syiling utama seperti Bitcoin, Ethereum, Zcash dan Monero hinggalah ke ICO. Bagi menjauhkan diri dari penipuan ICOs, Masters menunjuk kepada “proses penapisan pelbagai peringkat” yang mana kurang daripada 3% daripada ICO kecil yang datang kepada mereka lulus melalui sistem penapisan ICO mereka.

Sumber:

https://www.ccn.com/cryptocurrency-market-will-get-much-bigger-former-jpmorgan-banker/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.