Kolej Berprestij London Menamatkan Hubungan Dengan IOTA Foundation Kerana Ancaman Undang-undang
University College London, yang lebih dikenali sebagai UCL telah secara rasmi menamatkan hubungannya dengan Yayasan IOTA sebagai tindak balas kepada ancaman undang-undang yang dibuat oleh Yayasan IOTA terhadap para penyelidik keselamatan sibernya.
Daripada pernyataan rasmi UCL: “Pusat Teknologi Blockchain UCL tidak lagi dikaitkan dengan IOTA Foundation. Sehubungan dengan laporan berita baru-baru ini, kami mengesahkan sokongan kami untuk penyelidikan keselamatan terbuka, sebagai prasyarat untuk memahami jaminan yang disediakan oleh mana-mana teknologi blockchain. Tidak patut untuk penyelidik keselamatan tertakluk kepada ancaman tindakan undang-undang kerana mendedahkan hasil kajian mereka. ”
Pada bulan Februari, Ethan Heilman dari Boston University bersama-sama dengan pasukan penyelidik di Inisiatif Mata Wang Digital (DCI) mengeluarkan laporan yang mendedahkan kecacatan fungsi hashIOTA yang dipanggil Curl. Laporan yang bertajuk “IOTA Vulnerability Report: Cryptanalysis of the Curl Hash Function Enabling Practical Signature Forgery Attacks on the IOTA Cryptocurrency,” mengatakan bahawa mata wang kripto yang digunakan oleh IOTA mendedahkan rangkaianya kepada tandatangan digital palsu dan berpotensi untuk dananya dicuri.
Sumber: