Laporan Akademik: Majoriti ICO Kekalkan Kawalan Berpusat, Tidak Tunaikan Janji Whitepaper
Initial Coin Offering (ICO) “gagal” untuk memberikan perlindungan terhadap perdagangan orang dalam atau berpegang kepada janji dalam whitepaper mereka, seperti didedahkan dalam satu laporan dari University of Pennsylvania Law School. Kajian yang panjang mengenai fenomena ICO, yang bertajuk “Capitalism-Operated Capitalism,” bermula dengan penilaian yang jujur tentang jangkaan pelabur berbanding realiti, empat profesor yang menyumbang kepada laporan ini menemui ketidakkonsistenan asas dalam tingkah laku sejumlah “projek” yang signifikan.
Dalam ulasan pengenalan, mereka menyatakan bahawa “siasatan mereka mendedahkan bahawa banyak ICOs gagal berjanji untuk melindungi pelabur daripada masalah perdagangan orang dalam.” Komen laporan itu menyebutkan fenomena ini adalah ganjil kerana ICO yang menekankan desentralisasi, ia tidak sepatutnya berlaku pemusatan kuasa.
Menggunakan institusi kewangan Estonia, Polybius sebagai kajian kes, janji yang dibuat di dalam kertas putih dan realiti pembangunan token sebenar selepas penjualannya tidak ditepati. Menurut laporan, Polybius, yang mengumpul $ 31 juta melalui ICO mereka pada bulan Jun 2017, berjanji untuk memasukkan beberapa ciri dalam token dan kontrak pintar, namun menurut siasatan, tiada tindakan susulan dilaksanakan oleh Polybius melainkan hanya sekadar pematuhan kepada standard ERC-20.
Sumber: