Default – Above Header Ads

Samsung: Smartphone Adalah Peranti Paling Selamat Apabila Menggunakan Mata Wang Kripto

 

Menurut Samsung, telefon pintar “smartphones” adalah peranti yang paling selamat digunakan apabila berinteraksi menggunakan mata wang kripto. Joel Snyder, seorang perunding IT senior, penyumbang kepada Samsung Insights, menjelaskan dalam sebuah kertas bahawa telefon pintar jauh lebih selamat daripada komputer riba dan peranti lain, kerana wujudnya Trusted Execution Environment (TEE).

Kebanyakan telefon pintar mempunyai persekitaran yang dikenali sebagai TEE, yang beroperasi sebagai persekitaran pelaksanaan yang berasingan dengan memori dan simpanannya sendiri, yang terasing dari peranti. Sekiranya berlaku serangan keselamatan dan kebocoran maklumat, penyerang tidak boleh memecah masuk ke TEE dan cuba mencuri data seperti kunci peribadi dompet digital kerana TEE wujud sepenuhnya bebas dari peranti.

Pada komputer riba atau komputer yang bergantung pada unit penyimpanan konvensional seperti cakera keras atau SSD, penggodam boleh dengan mudah memasuki penyimpanan dan mencuri maklumat kewangan yang berharga, termasuk data berkaitan dengan dompet digital, yang boleh menyebabkan kehilangan dana dan pegangan yang disimpan dalam aset digital.

Sumber:

https://www.ccn.com/samsung-smartphones-are-the-most-secure-device-when-using-cryptocurrency/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads