Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Dua Institusi Awam Utama Sepanyol Akan Menyelidik Blockchain Untuk Pengurusan Hak Cipta

 

Persatuan Penulis dan Penerbit Sepanyol (SGAE) dan Sekolah Kejuruteraan Telekomunikasi Madrid (ETSIT-UPM) mengumumkan pada 26 Julai berkenaan perkongsian penyelidikan dalam melaksanakan blokchain untuk pengurusan hak cipta era digital.

Kedua-dua institusi itu dilaporkan telah menandatangani perjanjian satu tahun untuk menjalankan penyelidikan kolaboratif dalam membina platform pemprosesan digital untuk pengurusan hak cipta yang akan menggunakan blockchain bersama BigData, machine learningdan artificial intelligence(AI). Presiden SGAE José Miguel Fernández Sastrón menggariskan perkongsian itu: “Barisan penyelidikan utama akan memberi tumpuan kepada teknologi yang menangani cabaran disebabkan oleh jumlah, kepelbagaian dan dinamik perubahan dalam penggunaan kandungan dalam persekitaran digital kontemporari.”

Platform ini dilaporkan akan memanfaatkan teknologi ini untuk membantu melindungi kandungan muzik dan audiovisual penulis di internet khususnya. Perjanjian satu tahun itu telah ditandatangani melalui Yayasan Rogelio Segovia untuk pembangunan telekomunikasi (Fundetel), dan telah menubuhkan jawatankuasa SGAE-ETSIT-UPM baru untuk mengawasi inisiatif bersama ini.

Sumber:

http://www.sgae.es/es-ES/SitePages/EstaPasandoDetalleActualidad.aspx?i=3189&s=0

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.