Default – Above Header Ads

Bancian Wells Fargo: Hanya 2% Daripada Pelabur A.S. Memiliki Bitcoin, Kebanyakan Rakyat A.S. Melihatnya Sebagai ‘Sangat Berisiko’

 

Bancian Wells Fargo / Gallup telah mendedahkan bahawa hanya 2% pelabur di Amerika Syarikat yang memiliki Bitcoin. Minat terhadap Bitcoin tetap tinggi, dengan 26% daripada pelabur A.S. mengatakan mereka tertarik dengan Bitcoin. Walau bagaimanapun, kurang daripada 0.5% daripada mereka yang ditinjau menunjukkan bahawa mereka akan membelinya dalam masa terdekat.

Menurut kaji selidik itu, salah satu faktor yang berpotensi menghalang pelaburan dalam mata wang kripto adalah risiko perdagangan Bitcoin. Sepanjang tinjauan itu, 75% daripada pelabur A.S. menganggap Bitcoin sangat berisiko manakala 23% mengatakan ia agak berisiko.

Hanya 2% mengatakan ia tidak terlalu berisiko manakala bakinya yang sangat sedikit berpendapat bahawa ia tidak berisiko sama sekali. Kemasukan pelabur muda boleh, bagaimanapun, mengubah gambaran ini pada masa akan datang. Tidak mengejutkan, pelaburan Bitcoin paling popular di kalangan demografi yang lebih muda. Pungutan suara juga mendapati Bitcoin menjadi lebih popular di kalangan lelaki dan mereka yang berusia antara 18-49 tahun. Berdasarkan sentimen awam, pelabur A.S lebih pentingkan keselamatan simpanan mereka berbanding hasil pulangan yang tinggi jika ia berisiko tinggi. Namun jika mata wang kripto menjadi diterima oleh aliran perdana, mereka akan menyertai pelaburan dunia kripto.

Sumber:

https://news.gallup.com/poll/238016/investors-not-biting-bitcoin-intrigued.aspx

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads