Default – Above Header Ads

Fintech Singapore Membolehkan Pengiriman Duit Segera Dikuasakan Teknologi Blockchain Untuk Pekerja Myanmar Di Thailand

 

Everex, sebuah firma teknologi kewangan yang berpangkalan di Singapura, telah bekerjasama dengan Shwe Bank Myanmar untuk memperkenalkan perkhidmatan pengiriman wang yang diselaraskan di antara Myanmar dan Thailand.

Firma blockchain mendakwa bahawa perkongsian itu akan membolehkan berjuta-juta pekerja asing Myanmar yang tinggal di Thailand menghantar wang pulang serta-merta dan selamat pada kos transaksi yang lebih rendah berbanding kaedah pengiriman wang tradisional. “Orang Myanmar yang bekerja di Thailand adalah orang asing dalam negara kita, dan wang mereka berisiko tinggi untuk hilang apabila mereka menghantarnya ke rumah melalui saluran tidak rasmi,” kata U Thein Zaw, Naib Pengerusi Eksekutif Shwe Bank.

Dengan bekerjasama ini juga, Everex juga berhasrat untuk menggunakan teknologi blockchain dalam menghapuskan bayaran pengiriman wang yang tinggi, mengurangkan masa pemindahan wang ke bawah seminit dan menyediakan jejak audit yang jelas bagi keseluruhan transaksi.

Sumber:

Singapore FinTech Enables Instant Blockchain Remittance for Myanmar Migrant Workers in Thailand

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads