Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jamie Dimon: JPmorgan Akan Menggunakan Blockchain ‘Untuk Selesaikan Banyak Perkara’

 

Jamie Dimon dari JPMorgan Chase positif dengan teknologi blockchain, namun menjauhkan diri daripada mengulas mengenai mata wang kripto, mengatakan aplikasi pembayaran fiat adalah “potensi gangguan terbesar kepada perniagaan kami”.

Ketika ditanya mengenai ancaman utama syarikatnya, Dimon, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase mengumumkan apa yang disebutnya sebagai “bentuk pembayaran baru.” Secara khusus menamakan PayPal, Venmo dan Alipay, Dimon berkata “syarikat-syarikat ini melakukan pekerjaan yang baik untuk memasukkan perkhidmatan perbankan asas dalam applikasi mereka.” Walaupun beliau tidak menyebut kripto sebagai gangguan yang berpotensi, apabila ditanya tentang pandangannya mengenai mata wang kripto dalam soalan berikut, Dimon hanya menjawab, “Saya tidak boleh mengatakan lebih lanjut mengenai mata wang kripto.”

Dimon berpendapat bahawa kripto “tidak sama dengan mata wang emas atau fiat, “yang disokong oleh undang-undang, dan tidak dapat ditiru, dan ada ketetapan terhadapnya.” Dimon juga mengatakan bahawa JPMorgan”sedang menguji [blockchain] dan akan menggunakannya untuk banyak perkara. ”

Sumber:

https://hbr.org/2018/07/managers-dont-have-all-the-answers

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads