Madonna Bekerjasama Dengan Ripple Untuk Membantu Anak Yatim HIV/ AIDS Di Malawi
Sebahagian daripada rancangannya untuk sambutan ulang tahun ke-60nya pada 16 Ogos, Madonna bekerjasama dengan Ripple dalam inisiatif sebulan untuk mengumpul dana yang bertujuan membantu anak-anak yatim di Malawi melalui Raising Malawi, badan amal yang didirikan oleh Madonna lebih satu dekad lalu. Semasa tempoh pengumpulan dana yang bermula dari 30 Julai dan yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos, Ripple komited untuk menyamai semua sumbangan awam yang dilaksanakan oleh Madonna.
Menurut Madonna, sumbangan itu akan memberi manfaat khusus kepada rumah anak yatim Home of Hope di Malawi. Pada masa penulisan US $ 28,783 telah diperolehi melalui laman Facebook Madonna. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ripple, firma itu menyatakan bahawa Malawi mempunyai hampir satu juta kanak-kanak yang telah menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal akibat komplikasi berkaitan HIV/AIDS.
“Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kerja-kerja Raising Malawi dengan beberapa kanak-kanak yang paling kurang mendapat perhatian di dunia,” kata Naib Presiden Kanan Operasi Perniagaan Ripple, Eric van Miltenburg. Bagaimanapun, pernyataan Ripple tidak menunjukkan sama ada derma akan dipadankan dalam XRP atau USD.
Sumber:
https://ripple.com/insights/ripple-and-raising-malawi-launch-campaign-to-sponsor-children-in-need/