Turki Tubuhkan Pusat Blockchain Universiti Pertama Negaranya
Turki telah menubuhkan pusat blockchain peringkat universiti pertama di negara ini, bertujuan untuk menutup jurang kepakaran blockchain dan memastikan penggunaan teknologi blockchain yang lebih meluas.
Pusat Blockchain dan Inovasi Istanbul (BlockchainIST Centre) dirasmikan di Universiti Bahçeşehir (BAU). Menurut pengarah pusat Bora Erdamar, BlockchainIST dijadikan “pusat penyelidikan dan pembangunan dan inovasi yang paling penting di Turki di mana kajian saintifik dan penerbitan dibuat berkenaan teknologi blockchain.”
Erdamar berkata bahawa Turki mungkin mempunyai peluang untuk menjadi negara yang terkemuka dalam teknologi yang akan “mengubah manusia.” Dia menggariskan pentingnya kerjasama dengan pertubuhan pendidikan, perniagaan dan institusi pendidikan lain untuk menjalankan penyelidikan blockchain yang betul dan mengkaji kes-kes penggunaan yang berpotensi tinggi.
Sumber:
https://www.dailysabah.com/business/2018/08/04/turkey-inaugurates-first-university-blockchain-center