Bitcoin Diamond hard fork Bitcoin yang terbaik?
BCD dan matlamat utama penghasilannya
Bitcoin Diamond yang menggunakan singkatan BCD merupakan salah satu matawang kripto yang terhasil daripada hard fork BTC. BCD direka untuk mengatasi masalah-masalah yang berada dalam matawang Bitcoin (BTC). Matlamat utama penciptaan BCD adalah untuk memberikan transaksi matawang yang lebih laju, mengurangkan kos yuran pemindahan dan juga mengurangkan kos penyertaan kepada pengguna-pengguna kripto umum. Menurut FAQ di laman utama BCD, penciptaannya bukan untuk bertanding dengan BTC namun ianya lebih bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang ada pada BTC dimasa ini.
Perbezaan BCD berbanding fork BTC lain dan kebaikannya
BCD menggunakan mining algorithm yang berbeza berbanding BTC dimana ianya menggunakan algorithm X13 yang telah dioptimumkan berbanding BTC yang menggunakan mining algorithm SHA256. Ini bermaksud ASIC tidak boleh diguna pakai untuk mining BCD. Penggunaan algorithm X13 untuk mining bermaksud miners yang menggunakan GPU tidak perlu bertanding dengan miner-miner yang menggunakan ASIC untuk mining kripto. BCD juga menggunakan Lightning Network untuk mencapai kelajuan transaksi yang lebih pantas dan efisyen untuk penggunaan pembayaran harian.
Bekalan dan harga BCD
Bekalan maksimum BCD adalah sebanyak 210 juta iaitu 10 kali ganda lebih banyak berbanding 21 juta bekalan maksimum yang diguna pakai oleh BTC. Justifikasi penambahan bekalan maksimum ini adalah untuk membolehkan pengguna-pengguna kripto untuk lebih mudah menggunakannya kerana harga pembeliannya yang lebih rendah berbanding dengan BTC. Menurut coinmarketcap.com, jumlah bekalan BCD ketika ini adalah sebanyak 156 juta. Daripada pelancarannya pada November 2017 sehingga kini, harga pasaran matawang BCD pernah mencecah sehingga 91.47 USD pada bulan November 2017 tersebut namun gagal untuk bertahan dan harganya merundum sehingga kini.
Platform pertukaran BCD
Matawang BCD boleh didapati di beberapa platform pertukaran. Sebahagian besar trading volume BCD adalah pada exchange Huobi dengan 45.8%, Gate.io dengan 10.15% dan Binance dengan 8.3%.
Penjualan dan sokongan BCD di Binance antara yang menarik minat awal pelabur-pelabur matawang kripto kerana Binance merupakan sebuah platform pertukaran yang berkualiti dan dipercayai oleh ramai pelabur-pelabur kripto.
Kritikan dan kontroversi terhadap BCD
Antara kritikan utama yang dilontarkan kepada BCD adalah ahli-ahli kumpulan yang mencipta BCD ini masih tidak diketahui umum. Namun begitu, individu atau kumpulan yang bergelar Satoshi Nakamoto yang mencipta Bitcoin juga anonymous dan tidak diketahui umum. Selain daripada itu, terdapat beberapa ciri-ciri matawang tersebut diguna pakai dalam ‘pump and dump’ scheme pada beberapa bulan pertama pelancarannya. Selain itu, idea asal untuk menambah privasi BCD juga tidak dilaksanakan seperti yang dijanjikan.
Maklumat tentang BCD
Nama token : Bitcoin Diamond
Penanda token : BCD
Umur : 9 bulan
Konsep : Matawang Kripto Global yang direka untuk anda
Jumlah bekalan : 210,000,000 BCD
Untuk awam : 156,756,875 BCD
Untuk ganjaran/mining : 53,243,125 BCD
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 153,756,875 BCD
Pencipta : 007 dan Evey (Bitcoin miners)
Kelajuan transaksi : 120 transaksi sesaat (berbanding 3 transaksi BTC sesast)
Yuran transaksi : lebih murah daripada Bitcoin
Algorithm : X13
Protokol konsensus : Proof-of-work
Mining : Ya
Laman web : Bitcoin Diamond
Whitepaper : Bitcoin Diamond Whitepaper
Nilai pada 29 Ogos 2018
Modal pasaran (USD) : $195,487,889
Harga (USD) : $1.27 ↑
Nilai (BTC) : 0.00018013 BTC
Rank (coinmarketcap) : 45