Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pegawai Sempadan AS Akan Uji Blockchain Untuk Sistem Penjejakan Sijil

 

Kastam dan Penjagaan Sempadan A.S. (CBP) merancang untuk mencuba teknologi blockchain untuk mengesahkan sijil Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Tengah (CAFTA). Ketua Bahagian Transformasi Perniagaan dan Inovasi CBP, Vincent Annunziato berkata, agensi itu memulakan ujian dari platform blockchain untuk mengesahkan asal produk import, yang diumumkan semasa Simposium Perdagangan 2018 di Atlanta.

Sistem baru, yang akan dilancarkan pada bulan September, akan membantu CBP mengesahkan maklumat tentang barangan yang diimport dan periksa bagaimana pembekal asing bertindak terhadap pengimport Amerika, katanya. Sistem ini juga boleh digunakan untuk mengesahkan tanda dagangan dan menyemak ciri-ciri fizikal barangan. Annunziato berkata sistem blockchain boleh digunakan dalam aplikasi mudah alih, yang akan menggantikan proses manual berasaskan kertas untuk mengesahkan maklumat tersebut, dengan itu memperkemas kerja agensinya.

Minggu ini, Annunziato mengesahkan bahawa jawatankuasa itu sedang berusaha untuk membangun platform blockchain untuk mengesahkan harta intelek dengan mengesahkan hubungan antara pemegang lesen dan pemberi lesen. Teknologi ini akhirnya boleh menghilangkan proses menggunakan kertas, manual dan pangkalan data, harapan CPB.

Sumber:

https://www.americanshipper.com/main/fullasd/cbp-launching-blockchain-testing-72278.aspx

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.