Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Gazprom Dan Syarikat Penerbangan Rusia S7 Pindahkan Sistem Pengisian Bahan Api Ke Teknologi Blockchain

 

Syarikat penerbangan Rusia, S7 Airlines telah bekerjasama dengan syarikat minyak milik negara, Gazprom Neft, untuk menggunakan kontrak pintar berasaskan blockchain untuk bahan api pesawat. S7, yang telah membangunkan beberapa kes penggunaan blockchain sejak dua tahun lalu, kini akan menggunakan teknologi blockchain untuk meningkatkan kecekapan penyampaian dan pembayaran bahan api, serta proses mengisi bahan bakar di lapangan terbang.

Perkongsian itu melalui anak syarikat Gazprom Neft, iaitu Gazpromneft-Aero yang memfokuskan bidang penerbangan. “Menggunakan teknologi blockchain dalam perakaunan dan penyelesaian bersama antara syarikat penerbangan dan pengendali bahan api memberi dorongan baru kepada pembangunan keseluruhan industri penerbangan,” kata CEO Gazpromneft-Aero, Vladimir Egorov.

Menurut pihak yang terlibat, langkah itu menandakan penggunaan pertama teknologi blockchain tersebut di pasaran Rusia. Kontrak pintar akan menggantikan proses semasa yang lebih kompleks yang melibatkan pra-pembayaran, jaminan bank dan “risiko yang berkaitan,” jelas Gazprom, yang seterusnya akan mengurangkan masa pemprosesan dan penjimatan kos buruh.

Sumber:

http://www.gazprom-neft.com/press-center/news/1814937/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.