Default – Above Header Ads

Bitcoin Lepasi Paras $ 7,000, Pasaran Kripto Bertambah Sebanyak $ 15 Bilion

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, meskipun jangkaan negatif kebanyakan pelabur terhadap Bitcoin, pasaran kripto telah pulih sebanyak $ 12 bilion dari $ 216 bilion kepada $ 231 bilion. Harga Bitcoin telah melepasi paras rintangan utama pada $ 7,000 selepas melepasi paras $ 6,800, yang mana pedagang mata wang kripto percaya peristiwa ini penting untuk pemulihan jangka pendek Bitcoin.

Sekiranya Bitcoin gagal melampaui paras $ 6,800, pembetulan kecil boleh bermula, yang berpotensi menjadikan BTC kembali kepada $ 6,000. Sebaliknya, dengan peningkatan jumlah dan momentum perdagangan, BTC telah pulih kepada $ 7,000, serta diikuti oleh altcoin. Altcoin umumnya mempunyai prestasi harga yang baik dalam masa seminggu yamg lepas.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Quarkchain, 0x, OmiseGo, ICON, dan Nano telah mencatatkan keuntungan besar berbanding dolar AS, menunjukkan keuntungan 5 hingga 15 peratus berbanding Bitcoin yang meningkat sebanyak 4 peratus. Jumlah perdagangan Bitcoin sebelum ini hanya berlegar bawah $ 3.5 bilion dan jumlah harian keseluruhan pasaran kripto berlegar sekitar $ 9 bilion. Pada 28 Ogos, jumlah BTC melepasi $ 4.5 bilion dan jumlah pasaran kripto pulih kepada $ 12 bilion, menunjukkan peningkatan permintaan yang jelas.

Sumber:

https://www.ccn.com/bitcoin-price-breaks-7000-after-4-gain-crypto-market-adds-12-billion/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.