Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Pertukaran Kripto Patuh Shariah Bakal Dilaksanakan Di Malta

 

Malta terus menerajui dalam menarik usaha blockchain dan mata wang kripto yang inovatif dan juga turut bakal mengubah suasana kewangan Islam. Bursa pertukaran kripto baru ini bertujuan untuk menarik penyenaraiannya di bursanya dari syarikat teknologi kewangan yang patuh Shariah, menurut ketua eksekutifnya, disebabkan semakin banyak firma yang ingin memodenisasikan kewangan Islam dengan teknologi mata wang kripto dan blockchain.

Bursa pertukaran kripto itu, yang dikenali sebagai Huulk, telah memohon lesen bursa pertukaran digital di Malta dan berharap dapat bekerjasama dengan beberapa bursa Eropah dalam beberapa minggu akan datang, kata ketua eksekutif Huulk, Ibrahim Mohammed. Sumber yang pakar dalam Kewangan Islam berkata ini adalah pembangunan yang sangat penting dalam merevolusikan dunia kripto dan blockchain dari segi pelaburan dunia Islam.

Perkongsian yang dicadangkan itu akan membenarkan bursa pertukaran, sebahagian daripada Kumpulan Syarikat OneGram, untuk menjadi tuan rumah perdagangan aset digital, saham dan komoditi. Bianchi Holdings Limited dari Malta akan menjadi rakan ekuiti dalam pertukaran itu, kata Mohammed. Pengerusi Bianchi Holdings Michael Bianchi juga terlibat dalam perniagaan blockchain dan mata wang kripto yang lain bersama Binance, yang juga merupakan salah satu bursa pertukaran kripto terbesar dunia.

Sumber:

https://www.ccn.com/sharia-compliant-cryptocurrency-exchange-sets-its-sights-on-malta/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.