Default – Above Header Ads

VMware Dakwa Projek Blockchain Sumber Terbukanya Lebih Jimatkan Tenaga dan Penskalaan Yang Lebih Hebat

 

Firma pengkomputeran awan dan virtualisasi, VMware berkata bahawa ia telah membangunkan prasarana blockchain sumber terbuka yang direka untuk kedua-duanya boleh diskalakan dan cekap tenaga. Project Concord, projek blockain oleh VMware bertujuan untuk menyediakan asas bagi pelaksanaan blockchain yang dapat menyelesaikan masalah penskalaan dengan mengubah algoritma konsensus Toleransi Kesalahan Byzantine yang biasanya terdapat dalam rangkaian blockchain.

Penyelidik Kanan Guy Golan Gueta menulis bahawa algoritma projek menggunakan prosedur komunikasi yang berbeza daripada protokol konsensus yang sedia ada, kerana sistem ini menggunakan “keyakinan data untuk perlaksanaan pantas operasi blockchain” dan menggunakan algoritma kriptografi baru. Peningkatan daripada protokol semasa ini membolehkan prestasi rangkaian yang lebih tinggi.

VMware, anak syarikat Dell, telah mengusahakan Project Concord selama kira-kira dua tahun, dan sementara beberapa penyelidikannya telah diterbitkan sejak beberapa bulan terakhir, pengumuman minggu ini menandakan kali pertama syarikat itu secara umum mengakui kerja yang dijalankan untuk membangunkan infrastruktur blockchain. Kod sumber projek ini telah diposkan ke Github, dengan Gueta menyatakan bahawa syarikat itu berhasrat untuk menambah lagi keupayaannya pada masa hadapan.

Sumber:

https://blogs.vmware.com/opensource/2018/08/28/meet-project-concord/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads