Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Petro Mungkin Tidak Wujud, Begitu Juga Dengan Rizab Minyak Venezuala

 

Sebulan selepas presiden Venezuela Nicholas Maduro mengumumkan penciptaan Petro, mata wang kripto negara yang sepatutnya membawa negara keluar dari hyperinflasi, Petro kini kelihatan hanya wujud dalam media. Apabila Maduro mengumumkan keputusan untuk mencipta Petro selepas penemuan wilayah sekitar Atapirire mengandungi rizab minyak lebih daripada 5.3 bilion tong minyak mentah, memetik data dari “agensi pensijilan antarabangsa yang bebas”. Rizab minyak inilah yang bakal menyokong nilai Petro, namun bukti rizab minyak ini masih tidak jelas.

Apabila kerajaan berjuang untuk mencari jalan keluar dari keadaan ekonomi yang sangat teruk, kawasan rizab minyak ini yang dipanggil Ayacucho I telah diumumkan sebagai aset yang menyokong Petro. Penciptaan Petro bercadang menarik dana dari pelabur di seluruh dunia, dan akan mengalir masuk ke kawasan itu, mewujudkan pekerjaan dan menghidupkan industri eksport minyak Venezuela. Lawatan ke kawasan ini mendedahkan realiti yang sangat berbeza, kerana penduduk tidak tahu berkenaan Petro dan pelaburannya di Atapirire. Sebenarnya, seolah-olah tidak ada seorang pun di dalam atau di luar Venezuela memiliki Petro.

Di peringkat kerajaan, percanggahan Petro juga terbukti apabila Presiden Maduro mendakwa bahawa ICO Petro mengumpul $ 5 bilion dan Petro sudah aktif, sementara Menteri Kabinet, Hugbel Roa yang terlibat dalam projek Petro mengatakan bahawa teknologi Petro masih sedang dibangunkan dan tiada siapa yang sebenarnya mempunyai sebarang token Petro lagi.

Sumber:

https://in.reuters.com/article/cryptocurrency-venezuela/special-report-in-venezuela-new-cryptocurrency-is-nowhere-to-be-found-idINKCN1LF18G

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.