Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Farad Token: Antara Fantasi dan Realiti

Surat terbuka buat Farad token:

Farad Token adalah ICO  yang berdasarkan projek (project based ICO) yang popular tahun lalu. Ia merupakan sebuah ICO yang boleh dikatakan berjaya melalui kutipan, penerimaan dan populariti.

ICO yang dikepalai oleh warga Malaysia yang bernama Dr. Wan Hasni (Dr. Wan Muhamad Hasni) menggunakan platform ERC20 telah melakukan crowdsale untuk mengumpul dana bagi membangun dan mengkomersialkan kapasitor ultra (ultra capasitor) di China.

Kehebatan momentum Farad Token juga tidak dapat dinafikan kerana seusai tamat ICO, selang beberapa bulan sahaja sudah berada di dalam listing Coin Market Cap. Ia menambah keyakinan para pelabur. Ditambah pula muka-muka yang berada di muka depan ialah mereka yang benar-benar wujud dari pelbagai latar belakang.

Projek yang disandarkan dengan token Farad ini juga berjaya dicanang kehebatannya. Kononnya akan menghasilkan kapasitor paling canggih di dunia yang akan digunakan oleh syarikat hebat Tesla!

Tetapi malangnya, setelah sekian lama selesai kempen ICO Farad Token, seoalah-olah tiada apa-apa aktiviti daripada syarikat pengelola ICO? Harga token semakin hancur sehingga dikeluarkan daripada listing Coin Market Cap!

Sebagai pelabur yang peka dengan ICO yang pernah didukungi, aku terus menjalankan siasatan. Rupa-rupanya telah banyak kritikan telah dilemparkan kepada Farad Token di forum-forum kripto. Antaranya :

Default – Inside Post Ads

1. Kilang kapasitor masih tidak dibina.
2. Kilang yang dikatakan telah dibina tidak wujud sebenarnya.
3. Produk kapasitor yang dijanjikan, masih tidak dikeluarkan.
4. Tiada update aktiviti mereka.
5. Projek ini gagal.
6. Yang paling menarik perhatian ialah, Dr. Wan Hasni ialah seorang scammer yang pernah disabitkan kesalahan.

Aku terus menggoogle nama Dr. Wan Hasni dan aku dapati memang benar kenyataan tersebut. Rujuk : https://www.sc.com.my/criminal-prosecution-initiated-in-2006/

Selain itu, terdapat komentar yang mengatakan Dr. Wan Hasni hidup bermewah-mewahan dengan hasil kutipan dan kekayaan ICO dek kerana harga matawang kripto telah melonjak berkali ganda tahun lalu.

Aku berharap segala kritikan terhadap Farad Token dapat diperbaiki dan diperbetulkan oleh pihak Farad Token secepat mungkin. Segala tuduhan diharapkan tidak benar. Aku mengharapkan apa yang dicanang dan dijanjikan mereka adalah realiti, bukan fantasi.

Penulis Hantu – Farad Token Investor

[Disclaimer : Artikel ini ditulis oleh penulis hantu. Segala cadangan, kenyataan dan nasihat datang dari pihak penulis. Pihak Coin.My tidak terlibat atau bertanggungjawab terhadap kesalahan fakta yang dikeluarkan oleh penulis.]

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.