Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

IBM Perkenalkan Sistem Pembayaran ‘Blockchain World Wire’ Dikuasakan Stellar

 

IBM kini melancarkan produk baru yang dikenali sebagai Blockchain World Wire. Bertujuan untuk kegunaan institusidan menggunakanrangkaian blockchain Stellar, IBM mengatakan produknya ini” dapat menyelesaikan pembayaran merentas sempadan secara pantas dan selamat.”

Sama seperti rangkaian pembayaran berasaskan blockchain lain, World Wire cuba untuk menghapuskan perantara perbankan yang menambahkan kerumitan dan kos kepada sistem pembayaran antarabangsa tradisional. Menurut dokumen yang disediakan oleh IBM, produk tersebut berfungsi dengan menggantikan pengantara perbankan yang biasanya diperlukan untuk pembayaran rentas sempadan dengan aset digital yang dihantar melalui rangkaian yang terdesentralisasi.

Dengan menggunakan API World Wire yangdipasangkan ke dalam sistem bank sediaada, mata wang fiat ditukar menjadi aset digital di bank A. Ia kemudiannya dihantar ke bank B, di mana ia ditukar menjadi mata wang fiat kedua. “Semua butiran transaksi dicatatkan pada blockchain,” kata IBM. IBM merancang untuk mendemonstrasikan produkitu di persidangan perbankan Sibos pada bulan Oktober.

Sumber:

https://www-01.ibm.com/common/ssi/cgi-bin/ssialias?htmlfid=00018400USEN

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.