Bursa Saham Turki Bina Platform Pangkalan Data Blockchain
Borsa Istanbul, bursa saham negara Turki, telah mengumumkan perkembangan platform blockchain yang akan menyimpan maklumat pelanggan baru dan berkongsi dokumen pada rangkaian yang terdesentralisasi. Dalam satu pengumuman pada hari Rabu, pengendali bursa itu berkata platform blockchain itu dibangunkan secara dalaman untuk menampung proses Know Your Customer (KYC), mendaftarkan pelanggan baru dan perkongsian maklumat dan dokumen dengan selamat dalam platform yang ‘cepat, dipercayai dan telus’.
Terutama, platform blockchain telah membolehkan beberapa entiti termasuk depositori negara, pihak berkuasa serta Borsa Istanbul untuk berkongsi dan menyelaraskan pangkalan data pelanggan mereka.
Selanjutnya, pengurusan dokumen dan penyuntingan maklumat pelanggan juga akan dibantu oleh rangkaian blockchain. “Dengan cara ini, kemungkinan kesilapan data dalam kemasukan maklumat ke pangkalan data dapat dielakkan,” menurut kenyataan tersebut. Borsa Istanbul menambah bahawa platform itu mampu untuk “melaksanakan operasi berprestasi tinggi dan boleh digunakan dalam projek lain”, menjelaskan rangka kerja keselamatannya memperoleh manfaat yang teguh kerana dikuasakan oleh teknologi blockchain.
Sumber:
http://www.hurriyetdailynews.com/borsa-istanbul-builds-blockchain-based-database-system-136509