Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Counterparty Pesaing Waves dalam Penciptaan Token

Platform Counterparty untuk mencipta token dan kontrak pintar di atas blockchain Bitcoin

Counterparty merupakan sebuah projek yang menyediakan platform kepada pengguna untuk mencipta dan berdagang dengan token digital. Matlamat utama Counterparty adalah sebagai platform unggul untuk mencipta kontrak pintar diatas blockchain sedia ada Bitcoin. Di atas platform Counterparty, XCP digunakan sebagai matawang utama untuk membayar perlaksanaan kod kontrak pintar. Secara umum, XCP diguna sebagai mewakili kadar kepentingan di atas protokol Counterparty dan sebagai matawang pengundian untuk apa-apa cadangan perubahan di masa hadapan yang berkuasa ditentukan oleh komuniti.

Kaedah penciptaan matawang XCP

Matawang XCP dicipta dengan cara membakar Bitcoin sedia ada dengan menghantar kepada alamat tidak boleh dijual-beli dalam pasaran yang disediakan khas untuk XCP. Ini dilakukan supaya pengedaran yang adil dapat diberikan terhadap matawang XCP tersebut. Pada Januari 2014, sebanyak 21 ribu BTC dibakar untuk mencipta 2.6 juta XCP.

Cara penggunaan platform Counterparty

Cara penggunaan Counterparty adalah mudah dan mesra komuniti dengan hanya 5 langkah utama. Pertama, pengguna harus mempunyai sedikit matawang BTC yang akan digunakan untuk membayar yuran transaksi. Kedua, pengguna boleh mencipta wallet dengan menggunakan wallet yang disokong oleh counterparty untuk menyimpan BTC dan XCP. Kemudian, pengguna boleh membeli dan mendapatkan XCP daripada pasaran. Keempat, Counterparty mempunyai laman explorer blockchain yang membenarkan pengguna untuk meneroka dan memahami dengan lebih baik mengenai blockchain Counterparty. Dan yang terakhir, pengguna boleh mencipta token digital tersendiri dengan menggunakan wallet yang disokong counterparty seperti yang diperlihat pada langkah kedua.

 

Wallet-wallet yang disokong oleh projek Counterparty serta ciri-ciri menariknya

Counterparty mempunyai 4 jenis wallet berbeza iaitu wallet komputer, wallet laman web, wallet telefon pintar, dan juga wallet sambungan chrome. Wallet-wallet tersebut menyediakan semua kemudahan dan fungsi rujukan Counterparty dan dalam masa yang sama memelihara privasi dan keselamatan dana anda.

Wallet-wallet yang disokong Counterparty mempunyai ciri keselamatan tinggi dimana kesemua transaksi ditandatangani pada peranti anda dan kunci private anda tidak akan pernah di simpan di mana-mana server. Terdapat 8 wallet yang disokong oleh counterparty sehingga kini iaitu counterwallet, book of orbs, countertools, freewallet, indiesquare wallet, monya, vanilla XCP dan “rarepepewallet”. Ciri-ciri menarik pada wallet counterparty adalah ianya dipakai untuk mencipta dan mengurus token baru pada blockchain BTC, ianya boleh digunakan untuk mengagih keuntungan dalam BTC, XCP dan token digital lain yang dicipta, ianya boleh mencipta dan mengurus alamat tandatangan pelbagai dan lain-lain.

Kebaikan pasif pada Counterparty

Antara kebaikan pasif yang boleh didapati pada Counterparty adalah kerana ianya menggunakan blockchain BTC, apa-apa penambahbaikan yang dilakukan pada blockchain BTC akan turut dapat dirasai oleh Counterparty. Walaupun terdapat lebih 1600 matawang kripto utama yang disenarai pendek di coinmarketcap.com, namun sehingga kini, tiada matawang kripto yang dapat menandingi BTC, malah semenjak pasaran matawang kripto merundum sejak beberapa bulan lalu, dominasi BTC sentiasa melebihi 40% dimana ianya berada pada 56.1% ketika ini.

Ini secara tidak langsung memberi makna bahawa sokongan terhadap blockchain BTC sentiasa ada dan sentiasa menjadi tumpuan utama terutamanya didalam komuniti pengguna-pengguna kripto. Perlaksanaan ‘Lightning network’ pada blockchain BTC di masa hadapan juga akan dapat dirasai manfaatnya oleh pengguna-pengguna Counterparty dimana transaksi akan menjadi lebih laju, selamat dan yuran transaksi dijangka akan berkurangan secara mendadak.

 

Harga pasaran jual-beli XCP terkini

Ketika ini, XCP boleh didapati di pertukaran perdagangan Bittrex, Poloniex dan Zaif. Majoriti volum jual-beli adalah pada Bittrex dengan peratus sebanyak 59.32%, kemudian Poloniex dengan 21.73%, diikuti dengan Zaif dengan peratus sebanyak 18.95%. Ketika ini, XCP boleh dibeli dengan harga USD 3.90.

Mengikut coinmarketcap, sepanjang XCP berada dipasaran sejak Febuari 2014, haga tertinggi pernah direkodkan ialah USD85.58 pada 12 Januari 2018 manakala harga terendah ialah USD0.49 pada 12 Januari 2016. Ketika ini, prestasi harga pasaran XCP sedang merundum, namun sebahagian faktor yang menentukan harga XCP juga bergantung sedikit dengan penambahbaikan blockchain BTC di masa hadapan.

 

Maklumat tentang XCP

Nama token : Counterparty
Penanda token : XCP
Umur : 4 tahun
Konsep : Penciptaan Token di atas Blockchain Bitcoin
Jumlah bekalan : 2,650,000 XCP
Pre-mine : Ya
Dalam edaran : 2,616,028 XCP
Pencipta : Robby Dermody, Adam Krellestein dan Evan Wagner
Kelajuan transaksi : ~7 transaksi setiap saat; pengesahan dalam masa 60 minit
Yuran transaksi : bergantung kepada rangkaian Bitcoin
Algorithm : SHA-256
Protokol konsensus : PoS
Mining : Ada
Laman web : Counterparty

Nilai pada 25 September 2018
Modal pasaran (USD) : $8,676,898
Harga (USD) : $3.32

Nilai (BTC) : 0.00050309 BTC

Rank (coinmarketcap) : 366

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads