Bank Utama Rusia Sangat Berminat Untuk ‘Menggunakan Teknologi Kripto’
Beberapa bank besar Rusia telah menyatakan minat mereka untuk bekerjasama dengan industri mata wang kripto dan blockchain semasa mesyuarat tertutup yang diadakan di Bursa Moscow. Sumber yang tidak dinamakan yang mengetahui perkara itu memberitahu RBC, permintaan untuk mata wang kripto di Rusia sangat tinggi, tetapi bank-bank tidak dapat memenuhinya kerana kurangnya peraturan yang jelas.
Oleh itu, wakil-wakil bank Rusia yang hadir di mesyuarat itu telah berbincang dengan pengawal selia dari Jepun, Luxembourg dan Singapura untuk mempelajari dan menyeseuaikan pengalaman mereka kepada realiti tempatan. Selain itu, sebuah kumpulan lobi telah dibentuk dengan matlamat mendekati kerajaan Rusia dengan cadangan tentang cara mengawal selia kripto di negara ini.
Seorang eksekutif dari sebuah bank besar Rusia telah mencadangkan untuk membuat rang undang-undang alternatif mengenai aset digital yang akan “berbeza secara drastik” daripada yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang. Menurut laporan RBC, mesyuarat tertutup ini telah dianjurkan oleh kumpulan lobi yang termasuk bank terbesar Sberbank, Alfa-Bank, VTB, dan lain-lain.
Sumber:
https://www.rbc.ru/crypto/news/5ba36e1f9a7947005e1d64b0?from=main