Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Stablecoin Pertama Australia Akan Dilancarkan Pada 2019

 

Sama seperti telah berlaku dengan Dolar AS dan Euro, Australia juga akan membina stablecoin yang pertama di Australia. Usaha ini akan dilakukan melalui perkongsian antara Bit Trade, salah satu pertukaran mata wang kripto tertua di Australia, dan platform pekerjaan blockchain, Emparta. Kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama dalammereka bentuk dan melancarkan stablecoin yang dijangka dilancarkan tahun depan.

Menurut Pengarah Urusan Bit Trade, Jonathon Miller, stablecoin yang disokong AUD akan mengisi jurang yang wujud di pasaran kerana ia akan bertindak sebagai penampan terhadap turun naik mata wang kripto. Kedua-dua firma sedang menyiapkan prototaip dalam tempoh kurang darisebulan. Menurut Emparta, penebusan penuh atas permintaan AUD akan menjadi salah satu perbezaan utama yang akan wujud antara stablecoin ini dan stablecoin paling terkenal dunia, Tether (USDT).

Emparta juga mendedahkan dalam laman web Medium bahawa perbendaharaan awal stablecoin ini akan ditempatkandi Australia. “Perbendaharaan pertama akan berpusat di Australia untuk menyokong platform rakan kongsi – iaitu Bit Trade and Emparta Payments – dan membina stablecoin yang pertama disokong Dolar Australia,” tulis Emparta.

Sumber:

https://btrade.io/site/blog/partnership-announcement/2018/09/21/partnership-with-emparta-first-australian-dollar-stablecoin/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads