Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Utama China Terbitkan Sekuriti Bernilai $ 1.3 Bilion di Blockchain

Bank of Communications, salah satu daripada empat bank komersil milik negara di China, telah menyelesaikan satu terbitan utama sekuriti yang disokong gadai janji kediaman (RMBS) menggunakan rangkaian blockchain. Gergasi perbankan itu mengeluarkan sejumlah RMB 9.3 bilion yuan (atau sekitar $ 1.3 bilion) melalui blockchain yamg dikenali sebagai Jucai Chain.

Bank of Communications adalah penerbit utama dengan China International Capital Corporation sebagai peneraju penaja jamin untuk tawaran tersebut. Penaja jamin bersama lain termasuklah Bank Perindustrian dan Perdagangan China dan China Merchants Bank. Dengan memindahkan data kredit gadai janji ke dalam rangkaian blockchain, pihak lain sepanjang proses pengeluaran dapat melihat maklumat terkini dan menyelesaikan urus niaga secara peer-to-peer.

Menurut laporan bulan lalu, Bank of Communications mula melancarkan platform blockchain Jucai Chain pada bulan Jun, khusus untuk sekuriti yang disokong aset, dalam usaha mempercepatkan proses pengeluarannya. Selepas pelancaran awal, bank mula memindahkan data gadai janji kumpulan sekuriti ke blockchain pada bulan Julai.

Sumber:

http://company.stcn.com/2018/0927/14547679.shtml

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads