Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Persatuan Perbankan Itali Selesaikan Ujian Pertama Sistem Antara Bank Menggunakan Teknologi Blockchain

 

Persatuan Perbankan Itali (ABI) telah mendedahkan bahawa mereka berjaya ujian fasa awal untuk menguji sistem antara bank menggunakan teknologi blockchain. Dengan menggunakan teknologi lejar teragih (DLT), kumpulan 14 bank Itali tersebut merancang untuk menambahbaikkan proses antara bank. Khususnya, persatuan itu berhasrat untuk meningkatkan masa pemprosesan operasi, meningkatkan ketelusan maklumat perbankan, dan membolehkan pengesahan dan pertukaran maklumat secara langsung dalam aplikasinya.

Penerapan teknologi blockchain juga akan membantu dalam aspek tertentu operasi perbankan yang biasanya melibatkan sejumlah percanggahan yang kompleks. Dalam hal ini, penggunaan blockchain dalam sistem antara bank bertujuan untuk menangani isu itu dengan menyimpan data pada pelbagai nod yang dikongsi oleh bank, dengan pelaksanaan kontrak pintar.

Persatuan ini berjaya menyelesaikan 1.2 juta pergerakan pada infrastruktur 14 nod yang diedarkan oleh bank. Berdasarkan hasil positif ujian peringkat pertama, bank-bank kini akan mula melaksanakan aplikasi blokchain untuk merekodkan operasi harian. Projek ini, yang dinamakan Spunta berasaskan platform teknologi blockchain, Corda DLT dan dibangunkan oleh konsortium blockchain R3, dengan bantuan dari syarikat teknologi NTT.

Sumber:

http://www.ansa.it/sito/notizie/economia/2018/09/29/abi-banche-superano-test-blockchain_2bc6480e-001d-4b21-b287-ec051980f3c5.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads