Menteri Kewangan Malta: Kripto Akan Singkirkan Orang Tengah
Bercakap dalam wawancara peribadi semasa Persidangan Blockchain Malta: Sidang Kemuncak Delta 2018, Edward Scicluna mengatakan bahawa kemunculan mata wang kripto yang dapat digunakan secara meluas oleh masyarakat akan menyebabkan orang tengah sistem kewangan menjadi pupus.
“Ini adalah teknologi yang merevolusikan dunia,” katanya ketika ditanya sama ada beliau melihat kripto sebagai kaedah pembayaran masa depan, meneruskan: “Ini seperti dalam bidang memproses filem fotografi apabila anda dapat memberitahu mereka akan kehilangan pekerjaan mereka, banyak orang tengah kewangan akan menghadapi perkara yang sama.”
Scicluna mendedahkan bahawa walaupun dia tidak lagi memegang mata wang kripto, dia telah “banyak” belajar mengenainya sejak awal dari anaknya, yang membeli dan meniagakan Bitcoin pada awal kemunculannya. “Saya fikir orang tengah kewangan perlu beri sepenuh perhatian; Saya rasa itulah yang dilakukan oleh bank sekarang,” katanya. Scicluna menyatakan bahawa mata wang kripto dan blockchain dapat membantu menghalang krisis kewangan dari berlaku. “Ia adalah revolusi besar, kemungkinan teknologi ini tiada hadnya” katanya lagi.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/maltas-finance-minister-crypto-means-finance-middlemen-face-the-chop