Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bitcoin Sudah Melepasi Harga Terendahnya, Akan Capai $ 10,000 Tahun Ini

 

Spencer Bogart, rakan kongsi di firma modal teroka mata wang kripto dan blockchain, Capital, meramalkan anjakan kenaikkan harga untuk Bitcoin dan seluruh pasaran mata wang kripto dalam rancangan “Fast Money” CNBC. Menurutnya, perkembangan minggu ini dalam pasaran kripto adalah alasan utama mengapa “Bitcoin sudah melepasi tahap harga terendahnya.”

TD Ameritrade, gergasi broker saham AS, mengumumkan pada hari Rabu berkenaan pelaburan strategiknya dalam ErisX, bursa pertukaran niaga hadapan mata wang kripto. Firma perdagangan frekuensi tinggi, Virtu Financial juga memberi sokongan kepada firma Bitcoin itu. Pada hari Khamis, penasihat kewangan veteran dan jutawan, Ric Edelman mengumumkan pelaburannya dalam Bitwise Asset Management, sebuah dana indeks mata wang kripto yang terkenal. Dan pada hari Jumaat, David Swensen, yang menyelia dana Yale University bernilai $ 29.4 bilion dilaporkan melabur dalam dua dana mata wang kripto yang dikendalikan oleh Andreessen Horowitz dan Paradigm.

Spencer percaya bahawa pasaran kripto tidak akan bertindak balas dengan serta-merta kepada peristiwa-peristiwa ini, tetapi kemasukan modal institusi akan menjadi asas kenaikan harga Bitcoin pada musim panas. Sentimen itu muncul seiring dengan 54 peratus pemain institusi yang, menurut kajian Fundstrat, juga mengatakan Bitcoin sudah melepasi harga terendahnya.

Sumber:

https://www.ccn.com/bitcoin-price-close-to-bottom-will-see-10000-this-year-hedge-fund-mgr/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads