Default – Above Header Ads

Liquid Network, Sidechain Kepada Bitcoin Kini Beroperasi Sepenuhnya

 

Samson Mow, ketua pegawai strategi di Blockstream, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan Liquid Network, sidechain kepada Bitcoin. Liquid adalah “sebuah sidechain inovatif yang dibina di atas rangkaian Bitcoin, memudahkan transaksi Bitcoin supaya lebih cepat antara perniagaan dan individu, sambil membolehkan fungsi yang diperluaskan.” Tujuan utama teknologi ini ialah penyelesaian yang lebih cepat, kerahsiaan transaksi dan penambahbaikan untuk pelbagai aset.

Liquid Network menggunakan token yang dikenali sebagai Liquid Bitcoin (L-BTC). L-BTC bertindak sebagai pasak dua arah BTC, yang boleh ditebus melalui rangkaian Bitcoin pada bila-bila masa. Token ini membolehkan privasi dan kelajuan ditingkatkan, menurut Mow. Menurut Blockstream, Liquid Network akan bergantung pada perkakasan dan perisian yang dijalankan oleh perniagaan industri mata wang kripto: “Bursa pertukaran yang menyertai perniagaan Bitcoin menggunakan perisian dan perkakasan yang membentuk Liquid Network, agar mereka dapat masuk dan keluar dari blockchain Bitcoin dan menawarkan ciri Liquid kepada peniaga mereka. Liquid menyediakan sistem yang lebih selamat dan cekap untuk Bitcoin bergerak merentas rangkaiannya. ”

Di samping itu, Liquid Network adalah rangkaian yang bergantung kepada “pegawai yang dipercayai” yang terdiri daripada “konsensus peserta.” Blockstream mengakui bahawa “ia tidak akan menjadi seperti projek yang terdesentralisasi sepenuhnya seperti Bitcoin.”

Sumber:

https://blockstream.com/2018/10/10/liquid-launch.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads