Kerajaan India Sedang Menilai Kebarangkalian Untuk Melancarkan Mata Wang Kripto Negara
Kerajaan India kini sedang “menilai” kemungkinan mengeluarkan mata wang kripto negara. “Pegawai kanan” yang tidak dinamakan telah memberitahu bahawa kerajaan telah menubuhkan sebuah panel yang akan membincangkan persoalan mengenai mata wang kripto dan blockchain. Kerajaan sedang berusaha untuk “menggalakkan” kajian mengenai teknologi blockchain, pelancaran mata wang kripto negara merupakan salah satu pilihan yang sedang dipertimbangkan.
Sumber itu juga mengatakan bahawa panel akan membincangkan pindaan baru kepada draf bil yang sedia ada mengenai mata wang kripto. Salah satu cadangan itu dilaporkan untuk membuat apa-apa simpanan mata wang kripto tanpa kelulusan kerajaan suatu jenayah yang boleh dihukum. Panel itu telah diwujudkan pada Disember 2017 oleh Kementerian Kewangan India untuk membincangkan peraturan kripto di negara ini. Ia dijangka membentangkan laporannya menjelang akhir tahun 2018.
Reserve Bank of India (RBI) pertama kali mengumumkan pengharamannya terhadap pihak yang menyediakan perkhidmatan perbankan kepada mana-mana pengguna mata wang kripto pada awal April. Sehari kemudian, RBI mendedahkan bahawa ia sedang mencari cara untuk mengeluarkan mata wang digital negaranya sendiri, dengan pengharaman mata wang kripto berkuatkuasa pada 6 Julai.
Sumber:
https://qz.com/india/1418897/after-strangling-bitcoin-india-may-launch-its-own-cryptocurrency/