Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

IMF: Pertumbuhan Pesat Kripto Akan Memberi Impak Negatif Kepada Sistem Kewangan Global

 

International Monetary Fund (IMF) telah menyatakan dalam laporan yang baru-baru ini bahawa pertumbuhan pesat Bitcoin dan kripto dapat mempengaruhi sistem kewangan antarabangsa. Laporan yang bertajuk ” World Economic Outlook: Challenges to Steady Growth” yang diterbitkan oleh IMF menyatakan: “Penggodaman infrastruktur kewangan kritikal merupakan sumber risiko tambahan kerana mereka dapat melemahkan sistem pembayaran rentas sempadan dan mengganggu aliran barang dan perkhidmatan. Pertumbuhan pesat aset kripto yang berterusan dapat mewujudkan kelemahan baru dalam sistem kewangan antarabangsa.”

Memandangkan sektor mata wang kripto terus berkembang pada kadar yang sangat cepat, IMF menekankan bahawa ia boleh mewujudkan kelemahan dalam sistem kewangan. Kerana mata wang kripto dianggap sebagai mata wang alternatif, semakin banyak penggodam telah mula mensasarkan platform perdagangan aset digital dengan peralatan dan teknik penggodaman yang canggih.

Industri mata wang kripto dan infrastruktur yang digunakan oleh bursa kripto secara asasnya masih baru dan berbeza dengan teknologi yang dilaksanakan oleh sektor kewangan tradisional. Oleh itu, adalah patut untuk IMF dan agensi-agensi kerajaan untuk menggambarkan pertumbuhan pesat kelas asset digital adalah risiko kepada kewangan global. Tetapi, usaha berterusan untuk mengukuhkan infrastruktur pasaran mata wang kripto dan meningkatkan perlindungan pelabur akan mengurangkan risiko kripto dalam industri kewangan global.

Sumber:

https://www.imf.org/en/Publications/WEO/Issues/2018/09/24/world-economic-outlook-october-2018

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads