Default – Above Header Ads

Kajian IBM: Bank Pusat Tertarik Dengan Mata Wang Digital Untuk Penyelesaian Antara Bank

 

Satu kaji selidik IBM-OMFIF baru mendedahkan bahawa bank pusat semakin menyukai Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC). CBDC dapat dibahagikan kepada dua iaitu CBDC runcit atau borong menurut laporan itu. CBDC runcit, menurut laporan IBM-OMFIF, akan memberikan semua orang hak untuk memegang wang digital versi wang fiat. Sementara itu, CBDC borong akan mengehadkan bekalan kepada institusi kewangan terpilih untuk penyelesaian antara bank.

IBM dan OMFIF menyiapkan kajian tentang bagaimana CBDC borong boleh dibangunkan, diuji dan dikeluarkan dengan sistem pembayaran yang dikawal oleh pusat. Kajian ini juga mengambil kira cabaran-cabaran dan dasar risiko yang akan diambil oleh bank pusat ketika bereksperimen dengan CBDC. Ia berbuat demikian selepas menyusuli maklum balas yang diberikan oleh 21 bank pusat, termasuk Banco Central do Brasil, Bank Rizab Afrika Selatan, Deutsche Bundesbank, Bank Pusat Eropah, dan Bank of Finland, antara lain, dan meninjau pendapat mereka pada sistem CBDC.

69 peratus daripada bank, menurut laporan tersebut, mengakui bahawa mereka mempunyai masalah dengan infrastruktur kewangan rentas sempadan sedia ada. 54 peratus daripada mereka percaya CBDC dapat mengurangkan kos, meningkatkan kelajuan, dan daya tahan pembayaran rentas sempadan apabila digunakan. Antara responden, 38 peratus daripada bank pusat telah meneliti penyelesaian CBDC, sementara yang lain tidak aktif dalam ruang CBDC tersebut.

Sumber:

https://www.omfif.org/media/5415789/ibm-central-bank-digital-currencies.pdf

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads