Apa Kelebihan Bytom dalam Dunia Kewangan?
Pengenalan kepada Projek Bytom
Dunia kini semakin kini semakin maju dan menuju arah teknologi pendigitalan yang pelbagai. Dilihat semakin banyak elemen dunia fizikal semakin ditransmisikan ke dalam dunia digital. Bermulanya dengan platform2 digital seperti adanya perisian2 komputer dan teknologi emel kepada kini, mata wang yang membolehkan pemindahan nilai peer-to-peer ke atas dunia digital, seperti Bitcoin.
Fasa seterusnya yang boleh dilihat berpotensi ialah sistem di mana setiap barang dan benda-benda yang berharga dan boleh ditukar dipindahkan ke dunia digital. Antara contoh-contohnya ialah ekuiti, aset yang terjejas, dividen, bon, dan sebagainya. Bytom merupakan satu protokol dan rangkaian Blockchain yang berfungsi sebagai platform pertukaran dan interaksi kepada aset dunia sebenar. Secara amnya, Bytom memberi tumpuan untuk mengelakkan replikasi aset dunia nyata di dalam blockchain dan merapatkan jurang antara dunia fizikal dan dunia digital.
Kebolehan yang ada pada Bytom
Pada asasnya, Bytom adalah sebuak projek blockchain yang bersandarkan konsep protokol lapisan aset digital. Ianya membolehkan individu dan institusi untuk membina aplikasi aset kewangan dan digital. Baik dari segi stok, bon, apa-apa jenis data yang serasi, selamat dan boleh ditukar dan disimpan dalam blockchain.
Bytom bertujuan untuk menghubungkan aset yang berada dalam dunia fizikal ke dunia digital dan mewujudkan ekosistem di mana terdapat kebolehoperasian antara kedua-duanya. Terdapat 3 jenis aset di dalam blockchain Bytom yang boleh ditukar yang pertamanya ialah aset pendapatan, termasuk aset tidak berbayar, pelaburan kerajaan tempatan tetap, hartanah rumah, dan lain-lain.
Yang keduanya ialah aset ekuiti, termasuk ekuiti syarikat tidak tersenarai, ekuiti dana persendirian, dan sebagainya. Dimana kebanyakan pemindahan aset ekuiti akan memerlukan pengesahan pelabur yang berkelayakan.
Yang ketiga ialah aset yang terjejas, termasuk hutang, pinjaman kereta, dan lain-lain. Ini adalah aset yang boleh menghasilkan aliran tunai yang boleh diramalkan.
Aset-aset ini boleh didagangkan didalam blockchain Bytom. Dengan menggunakan Bytom, khidmat orang tengah dalam transaksi tidak lagi diperlukan dalam pemindahan aset dan penyimpanan rekod. Ini jelas membawa kepada urus niaga yang lebih cepat dengan kos yang jelas lebih rendah. Selain itu, aset lebih selamat di dalam blockchain jika dibandingkan dengan organisasi pihak ketiga.
Pengguna juga boleh membuat jaminan aset mereka yang disokong dalam blockchain Bytom dengan mendaftarkan dan mengaitkan aset mereka melalui kontrak pintar.
Mekanisme konsensus dan pelan tindakan Bytom
Bytom menggunakan model konsensus Proof-of-Work, mekanisme yang sama ketika ini digunakan oleh Bitcoin dan Ethereum. Penting bahawa blockchain tidak terdedah kepada serangan Sybil dan serangan 51% kerana platform Bytom yang mengendali pelbagai aset. Ianya lebih mementingkan faktor-faktor desentralisasi dan keselamatan berbanding prestasi.
Mekanisme konsensus Bytom direka supaya boleh digunakan bersama AI ASIC yang bermakna pelombong boleh menggunakan teknologi perkakasan AI. Bytom melaksanakan transaksi aset rantaian rentas dan taburan dividen melalui rantai sampingan.
Mainnet bagi platform blockchain Bytom telah dilancarkan secara rasmi pada 24 April 2018. Pertukaran token dari token ERC-20 Bytom untuk koin Bytom asli berlaku pada bulan Jun 2018 di beberapa pertukaran.Bytom juga kemudian melancarkan fungsi kontrak pintar pada platform mereka pada 26 Julai 2018.
Sehingga kini, segala pelancaran yang berlaku pada platform Bytom adalah tepat dan seperti yang berada dalam pelan tindakan asal mereka.
Harga semasa matawang Bytom
Ketika ini, matawang Bytom boleh dibeli dengan harga USD0.19 per unit. Menurut laman coinmarketcap.com, sepanjang penjualan coin Bytom yang bermula pada bulan Ogos 2017, harga tertinggi pernah dicapai adalah USD 1.13 pada 24 April 218, manakala harga terendah adalah USD 0.039 pada 15 September 2017. Total volum jual-beli dan perdagangan Bytom paling tinggi adalah pada pasaran Bibox, dimana lebih 85% transaksi jual-beli berlaku di pasaran tersebut! Selain Bibox, terdapat beberapa pasaran lain namun transaksi volum jual-belinya adalah kecil seperti OKEx, CoinEgg dan Huobi.
Maklumat tentang Bytom
Nama token : Bytom
Penanda token : BTM
Umur : 1 tahun 9 bulan
Konsep : Protokol untuk Aset Digital
Pencipta : Chang Jia
Jumlah bekalan : 2.1 Bilion BTM (1,407,000,000 BTM untuk edaran umum)
Dalam edaran : 1,002,499,275 BTM
Pre-mine : Ya
Kelajuan transaksi : 4000~5000 transaksi setiap 2.5 minit
Ganjaran Blok : https://bitinfocharts.com/ethereum/
Algorithm : SHA-256
Protokol konsensus : PoW
Mining : Ya
Laman web : Bytom
Whitepaper: Bytom WP
Nilai pada 9 November 2018
Modal pasaran (USD) : $190,605,862
Harga (USD) : $0.190131
Nilai (BTC) : 0.00002973 BTC
Profile (coinmarketcap) : https://coinmarketcap.com/currencies/bytom/
Rank (coinmarketcap) : 43