Default – Above Header Ads

Venezuela Akan Bentangkan Petro kepada OPEC Untuk Kegunaan Sebagai Unit Akaun Petroleum

 

Venezuela akan mempersembahkan mata wang kripto negera, Petro sebagai unit akaun perdagangan minyak mentah kepada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada 2019, menurut pengumuman syarikat minyak negara, PDVSA di Twitter pada 7 November..

PDVSA telah memetik presidennya, Manuel Quevedo, yang juga memegang jawatan Menteri Minyak dan Perlombongan Venezuela, bercakap tentang pembentangan yang bakal dilakukan itu: “Kami akan membentangkan Petro kepada OPEC pada tahun 2019 sebagai mata wang digital utama disokong oleh minyak.” Menurut PDVSA, Quevedo juga menambah bahawa Petro akan ditawarkan sebagai satu unit akaun untuk perdagangan minyak mentah global, dengan menyatakan bahawa semua minyak Venezuela akan didagangkan menggunakan Petro.

Pakar juga memberitahu media bahawa PDVSA, yang dilaporkan menyokong Petro, mempunyai hutang berjumlah $ 45 bilion dan tidak menunjukkan tanda-tanda sebarang aktiviti perdagangan. Penerbitan menyatakan bahawa ini mungkin bermakna mata wang ini hanyalah lakonan untuk menyembunyikan kegagalan Maduro baru-baru ini untuk memulihkan semula mata wang fiat negara.

Sumber:

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads