Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Badan Amal Global, Oxfam Lancar Projek Blockchain Untuk Memperkasakan Petani Kemboja

 

Oxfam telah melancarkan platform teknologi blockchain yang bertujuan meningkatkan ketelusan rantaian bekalan beras di Kemboja. Dikenali sebagai BlocRice, aplikasinya menggunakan teknologi lejar teragih untuk melaksanakan kontrak pintar di mana maklumat seperti harga beras organik, jumlah dagangan dan kaedah pengangkutan dicatatkan.

Projek yang pada mulanya akan bekerjasama dengan 50 petani padi di wilayah Preah Vihear di Kemboja pada tahun pertama dijangka akan meningkatkan daya beli para peserta dalam rundingan dengan pembeli hasil mereka yang berpotensi memperolehi harga yang lebih tinggi. “Aplikasi teknologi blockchain dijangka dapat meningkatkan daya rundingan petani kecil dalam rantaian nilai beras mereka, yang biasanya pengeluar utama miskin,” kata pengarah negara Oxfam di Kemboja, Solinn Lim.

Semasa fasa perintis projek, bayaran tanpa tunai kepada petani juga akan diperkenalkan dan ini akan difasilitasi oleh bank perdagangan tempatan terbesar Kemboja, Acleda Bank. Para petani yang mengambil bahagian telah membuka akaun dengan institusi kewangan ini. Pada masa ini, dianggarkan sekitar 60% tenaga buruh Kemboja bekerja di sektor pertanian. Meningkatkan ketelusan terutamanya berhubung dengan harga, maka diharapkan dapat memperkuatkan ekonomi sekumpulan besar masyarakat Kamboja.

Sumber:

https://www.khmertimeskh.com/50551240/oxfams-blockchain-based-project-gets-official-launch/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.