Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Christie Rekodkan Jualan Hasil Seni Bernilai $ 318 Juta Menggunakan Teknologi Blockchain

 

Pada 13 November, jualan Barney A. Ebsworth Collection di rumah lelongan Christie yang terkenal di New York memperolehi jualan sebanyak $ 317,801,250, dalam proses menjadi lelongan seni yang paling berharga yang pernah direkodkan di blockchain. Christie mendedahkan bahawa lelongan itu dikendalikan dengan kerjasama syarikat teknologi yang mefokuskan bidang seni, Artory.

Pada malam yang menyaksikan beberapa rekod jualan baru untuk hasil seni Amerika, sekurang-kurangnya tiga belas rekod lelong telah dipecahkan, dengan Edward Hopper’s Chop Suey sahaja sudah $ 91,875,000. Lelongan ini menyaksikan peserta dari 23 buah negara membida koleksi seni oleh pengumpul terkenal Barney A. Ebsworth yang mempunyai karya artis terkenal seperti Jackson Pollock, William de Kooning, Charles Demuth dan Georgia O’Keeffee. Secara keseluruhannya, 42 karya seni telah dilelong, dengan blockchain merekodkan jualan tersebut. Blockchain yang dikenali sebagai The Registry merekodkan semua maklumat penting karya seni seperti jualan, harga akhir, tarikh lelongan, tajuk, pemulihan dan kes pencurian.

Dengan berbuat demikian, semua pembeli mempunyai rekod digital yang selamat, memastikan bahawa mereka tidak ditipu. Setiap kali karya seni dijual, sijil digital akan dijana, yang meningkatkan jaminan pembeli dan membantu Christie memastikan bahawa hanya karya asli yang dilelong di premisnya.

Sumber:

https://www.christies.com/features/Barney-Ebsworth-Collection-results-9552-3.aspx

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.