Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Anak Syarikat Ping An, Gergasi Insuran China Wujudkan Bank Butik Disokong Oleh Teknologi Blockchain

 

Ping An Bank, anak syarikat Ping An Insurance Group, China, akan melancarkan sebuah bank butik menggunakan blockchain, perkhidmatan pengkomputeran awan, dan Internet of Things (IoT). Ping An Insurance Group adalah salah satu syarikat terkemuka di dunia kewangan dan insurans.

Bank butik ditakrifkan sebagai bank pelaburan perkhidmatan bukan penuh yang menyokong lebih banyak perkhidmatan individu daripada firma yang lebih besar. Bank butik baru ini akan bergantung pada kemahiran teknologi Ping An Group dan keupayaan kewangan yang komprehensif untuk menyediakan perkhidmatan kewangan bersepadu kepada perusahaan melalui platform perkhidmatan rantaian bekalan Ping An Bank, dinamakan “SAS.” Kesahihan urus niaga akan disediakan oleh platform SAS tersebut.

Ping An Bank sedang menjalani perubahan perniagaan di bawah naungan teknologi kewangan, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), data raya, blockchain, dan pengkomputeran awan untuk “memastikan perkhidmatan awam yang murah, cekap dan insklusif”.

Sumber:

http://money.people.com.cn/n1/2018/1120/c42877-30411904.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads