Bank Utama Mendaftar Untuk Persatuan Applikasi Blockchain Oleh Suruhanjaya EU
Suruhanjaya Eropah, badan eksekutif EU, melancarkan persatuan blockchain baru tahun depan dan bank-bank besar sudah pun mendaftar. Syarikat perbankan Sepanyol, BBVA mengumumkan bahawa mereka dan empat bank lain telah menyertai International Association for Trusted Blockchain Applications (IATBA), yang boleh menjadi entiti undang-undang seawal suku pertama 2019.
Inisiatif ini diumumkan pada acara meja bulat blockchain EU baru-baru ini yang dipanggil “Bringing Industries Together for Europe to Lead in Blockchain Technologies,” yang diadakan pada 20 November di Brussels, Belgium. Persatuan baru itu akan mempunyai wakil dari kedua-dua sektor awam dan swasta dengan matlamat untuk “mendapatkan sokongan dari pakar-pakar blockchain swasta” untuk menyumbang dalam menggariskan strategi EU mengenai teknologi-teknologi ini,” kata BBVA.
Persatuan ini bertujuan untuk membangunkan garis panduan dan protokol untuk industri blockchain, dan mempromosikan standard blockchain EU di peringkat antarabangsa. Ia akan terus menyediakan maklumat untuk pelaksanaan strategi blockchain Eropah. Inisiatif EC akan membantu memberikan panduan lebih jelas kepada “ketidaktentuan peraturan” yang kini mengelilingi penggunaan teknologi blockchain.
Sumber:
https://www.bbva.com/en/bbva-joins-launch-of-eu-blockchain-platform/