Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Perlombongan Bitcoin Mengalami Penurunan Kesukaran Kedua Terbesar Dalam Sejarahnya

Kemerosotan pasaran kripto yang berpanjangan telah akhirnya memaksa berlakunya penghijrahan keluar dari perlombongan Bitcoin. Untuk mengekalkan block timeyang konsisten selama 10 minit, Bitcoin secara automatik menyesuaikan kesukaran perlombongan kira-kira selang dua minggu untuk menyesuaikan mesin-mesin baru yang masuk atau keluar dari blockchain Bitcoin. Selama bertahun-tahun, kesukaran perlombongan hanya meningkat. Walau bagaimanapun, hampir setahun berlakunya penurunan pasaran yang menyaksikan harga Bitcoin jatuh lebih daripada $ 16,000 dari rekod harga tertingginya, fenomena peningkatan kesukaran perlombongan tidak lagi benar.

Jumlah hash ratetelah merosot sejak pertengahan Oktober, kerana kejatuhan harga mempercepatkan kadar di mana model mesin pelombong yang lebih lama tidak menguntungkan dan firma didorong untuk menutup operasi demi mengelakkan kerugian. Penghijrahan keluar operasi perlombongan ini kini terlihat dalam kesulitan rangkaian Bitcoin, yang jatuh lebih dari 15 peratus berikutan penyesuaian kesukaran perlombongan yang berlaku pada hari ini.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Penganalisis Ketua XDEX, Fernando Ulrich, ini merupakan penurunan kesukaran kedua terbesar dalam sejarah sedekad Bitcoin dan yang terbesar sejak 1 November 2011, apabila kesukaran turun sebanyak 18 peratus.

Sumber:

https://www.ccn.com/bitcoin-mining-difficulty-just-saw-its-second-largest-drop-in-history/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.