Bitmain Lancarkan Perisian KYC Sumber Terbuka ‘Coconut’
Bitmain, firma perlombongan kripto terbesar di dunia, telah membuka kod untuk protokol Know-Your-Customer (KYC), yang dikenali sebagai Coconut. Coconut menggunakan Enhanced Privacy ID oleh Intel untuk pengesahan dan memisahkan pengurusan mengenal pasti maklumat dan maklumat yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan. Coconut adalah tindak balas kepada ketakutan industri bahawa tuntutan KYC mungkin berpotensi mengkompromi pengenalpastian pengguna, yang membolehkan pengesanan aktiviti pelanggan yang tidak terkawal.
Pemisahan pengesahan identiti dan perniagaan menjadikan pelbagai syarikat berpotensi untuk mengintegrasikan perisian ini dan menawarkan bursa pertukaran kripto cara untuk melaksanakan proses “pengesahan sebagai perkhidmatan.” Bursa pertukaran memerlukan semua maklumat peribadi pelanggan mereka hanya untuk melakukan perniagaan. Menurut Bitmain, ini menimbulkan kebimbangan, dan Coconut adalah satu jawapan yang berpotensi – keupayaan untuk perkhidmatan pengesahan yang bebas dan dipercayai bagi kedua-dua pihak pelanggan dan perniagaan yang perlu mengesahkan pengguna mereka untuk tujuan pematuhan undang-undang.
Langkah untuk membuka kod sumber menunjukkan bahawa Bitmain tidak semestinya menawarkan perkhidmatan sedemikian sebagai model perniagaan utamanya. Kod perisian ini dikeluarkan di bawah lesen Apache 2.0 yang menggunakan bahasa pengaturcaraan Java.
Sumber:
https://blog.bitmain.com/en/announcing-coconut-remote-anonymous-authentication/