Bandar Korea Selatan Bina Loji Kuasa Maya Berasaskan Teknologi Blockchain
Kerajaan Korea Selatan akan membelanjakan 4 bilion Won Korea (KRW) (kira-kira $ 3.5 juta) untuk menubuhkan loji kuasa maya (VPP) yang berasaskan blokchain di bandar Busan. Busan, bandar kedua terbesar Korea Selatan selepas Seoul, telah mengumumkan bahawa pentadbiran bandar telah memilih satu projek untuk menyokong industri tenaga inovatif di rantau ini dengan membina sebuah VPP berdasarkan blockcahin yang dikongsi bersama rakyatnya.
Projek itu dilaporkan akan mewakili pertandingan kebangsaan pada 2019 yang dihoskan oleh syarikat utiliti elektrik terbesar di Korea Selatan, Korea Electric Power Corporation (KEPCO). Menurut definisi, loji janakuasa maya adalah loji kuasa teragih berasaskan teknologi awan yang menggabungkan kapasiti sumber tenaga terbiar yang berbeza untuk mengoptimumkan penjanaan kuasa. Projek VPP berkuasa blokchain yang diumumkan baru-baru ini akan mengagregatkan sumber kuasa dari kawasan kilang Busan dan kemudahan awam melalui sistem penyimpanan tenaga elektrik (ESS), serta loji tenaga solar.
Projek itu dilaporkan dicadangkan oleh bandar Busan, serta syarikat dan institusi tempatan utama termasuk Universiti Nasional Pusan (PNU), firma pengurusan tenaga Nuri Telecom, Busan City Gas, dan firma hartanah Korea Industrial Complex Corporation.
Sumber: