Zon Ekonomi Khas Shenzhen Guna Blokchain Untuk Invois Cukai Elektronik
Shenzhen, sebuah bandar utama di Wilayah Guangdong dan zon khas ekonomi pertama di China, akan menggunakan teknologi blockchain untuk invois cukai elektroniknya. Biro Percukaian Perbandaran Shenzhen dan gergasi teknologi Cina, Tencent telah “berjaya menghubungkan sistem invois blockchain dengan platform pembayaran WeChat.” WeChat, applikasi media sosial yang digunakan oleh 1 billion pengguna yang dikendalikan oleh Tencent, telah membuka platform pembayarannya untuk fungsi invois blockchain.
Menurut pengarah Pusat Penerangan Biro Percukaian Shenzhen, invois elektronik blockchain berbeza dari invois elektronik tradisional, kerana ia mempunyai “kelebihan ‘simpanan’ yang diedarkan, kebolehkesanan dan kebolehterimaan.”
Invois blockchain pembayaran WeChat adalah hentian pertama bagi invois elektronik blockchain yang dilaksanakan dalam platform pembayaran mudah alih, sambil menambah: “Penggunaan invois elektronik blockchain ke platform pembayaran WeChat adalah penerokaan yang besar yang dibuat oleh Jabatan Cukai Shenzhen berdasarkan atas keperluan sebenar pembayar cukai untuk mengoptimumkan lagi persekitaran perniagaan mereka.”
Sumber:
http://www.ce.cn/xwzx/gnsz/gdxw/201812/12/t20181212_31016864.shtml