Facebook Agresif Mencari Pemaju Blockchain, Membincangkan Pelancaran Mata Wang Kripto
Facebook telah memulakan usaha agresif untuk menarik pakar-pakar kripto untuk mengembangkan kumpulan blockchain di tengah spekulasi bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk melancarkan mata wang kripto sendiri. Facebook membentuk unit blockchainnya pada April 2018 bersama David Marcus, bekas presiden PayPal dan VP di Messenger. Marcus adalah penyokong mata wang kripto dan bekas ahli lembaga di Coinbase, bursa pertukaran mata wang kripto terbesar di AS.
Kumpulan blockchain FB kini mempunyai 40 pekerja – termasuk setengah dozen eksekutif PayPal yang Marcus perolehi dari bekas majikannya. Unit rahsia ini termasuk orang yang bekerja di Google Pay dan Samsung Pay, pembayaran mudah alih dan perkhidmatan dompet digital dari Samsung.
Facebook juga sedang mempertimbangkan untuk melancarkan mata wang kripto yang membolehkan 2 bilion pengguna di seluruh dunia melakukan pembayaran elektronik tanpa memerlukan bank tradisional. Facebook sedang mengejar rekrut yang berbakat kerana ekosistem kripto masih di peringkat awal. Namun, Facebook mempunyai banyak masalah dengan usaha merekrut mereka kerana banyak skandal privasi data baru-baru ini yang telah menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadapnya.
Sumber:
https://cheddar.com/videos/facebook-blockchain-group-on-hiring-spree-for-cryptocurrency