Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Negara Jerman Kfw Uji Aplikasi Blockchain Untuk Pengurusan Kewangan Awam Di Burkina Faso

 

KfW, bank utama Jerman dan Kementerian Kewangan Burkina Faso akan menguji applikasi blockchain untuk digunakan dalam pengurusan kewangan awam. KfQ, yang disenaraikan pada tahun 2017 sebagai bank ketiga terbesar negara dari segi aset, sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Burkinabe pada bulan Jun 2018, menyediakan negara dengan kredit € 7 juta ($ 7.9 juta) untuk membiayai bekalan air dan kawasan sanitasi .

TruBudget, aplikasi sumber terbuka yang dibangunkan oleh KfW, akan diuji di Burkina Faso, Afrika dalam tempoh enam bulan akan datang dengan bantuan syarikat Accenture dan BearingPoint. Applikasi ini membolehkan pengguna menyimpan dan meluluskan semua kontrak dalam sektor itu menggunakan blockchain dalam masa nyata. Bank menjangkakan ia dapat membantu mengurangkan proses manual yang panjang dan memastikan dana digunakan dengan betul.

Menurut KfW, bank biasanya akan membuka pejabat di negara yang berkerjasama dengannya untuk mengurangkan risiko. Joachim Nagel, ahli lembaga eksekutif di KfW, percaya bahawa blockchain dapat membantu mengawasi proses ini dari jauh: “Dengan TruBudget, kami mewujudkan ketelusan untuk kepentingan semua pihak yang terlibat, dan kami membolehkan penderma menggunakan dana dengan selamat, bahkan menggunakan struktur negara rakan kongsi secara langsung.”

Sumber:

https://www.kfw.de/KfW-Konzern/Newsroom/Aktuelles/Pressemitteilungen-Details_500800.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.